fbpx

Isu Yang Tak Pernah Habis

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 269Words
  • 309Views

Ada beberapa isu di Malaysia, yg nampaknya sampai kiamat takkan habis.

  • Isu vaksin vs anti vaksin.
  • Isu bid’ah vs sunnah.
  • Isu halal haram ASB.
  • Isu wahabi.
  • Isu flat earth.
  • Isu politik. Cuma uniknya dalam politik, kawan dan lawan tak lama. Kejap A lawan B. Kemudian A dgn B lawan C. Kadang A + B + C lawan D pula. Hahahha Dll, Tuan-Puan boleh tambah sendiri.

Sebab itu, kalau “bergaduh”, saya lebih suka melawan geng scammer.

Topik politik pun malas dah nak gaduh. Last secara serius time PRU. Sekarang kita buat hantaran sipi-sipi sahaja. Hahaha!

Lagi mudah bergaduh dengan geng scammer sebab akhir sekali ia akan tamat. Tak maca bab politik, bab antivaxx, bab bumi bukan sfera, bab hukum ASB, bab wahabi dsb – takkan habis sampai ke sudah.

Sebab, akhir sekali geng scammer yang asalnya tak mengaku sebagai scammer akhir sekali akan senyap juga akhirnya apabila tersontot.

Contoh paling mudah, geng Tok Belagak, geng Alfafa, geng ARBA, Mecca Fund.

4 – 5 tahun lepas, pantang saya cuit sedikit terus berderu-deru datang geng depa komen balas tak puas hati. Ada yang ugut saman. Ada yang ancam. Kecam dan maki tak terkira banyaknya.

Tapi sekarang, buatlah macam mana dan sebut nama kompeni mereka atau share balik status lama pun langsung mereka senyap membisu seribu bahasa.

Syukurnya, ramai yang dulu haters sekarang dah jadi BFF saya. Ada yang isytihar secara terbuka, ada yang PM minta maaf. Saya terima mereka seadanya.

Sekarang saya tengah berlawan dengan page palsu yang mengaku meraka anti scammer tapi putus wayar. Ini perjuangan baru saya. Doakan saya.

Kalau nak tambah lagi list di atas, silakan.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Travelog Financial Fighter: Didatangi Samseng Bounzer Scammer Sepanjang karier saya…