fbpx

Jangan Gopoh Untuk Beli Kereta

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 173Words
  • 303Views

Dipetik dari FB Norajian Kamarudin,

Satu tips untuk anak-anak dan adik-adik yang baru graduate ialah jangan GOPOH UNTUK BELI KERETA.

Ini kerana kereta bukanlah satu keperluan yang mendesak.

Dengan membeli kereta, kita akan kehilangan kemampuan untuk menyimpan sebanyak RM1,000 sebulan.

Banyak kos lain yang perlu diambil kira seperti insurans/takaful, cukai jalan, petrol, parking, tol, saman, servis dan lain-lain. Bukan setakat bayaran ansuran bulanan sahaja.

Kita bukan setakat beli kereta tetapi perlu bela juga. Jika ansuran bulanan RM600, kita perlu sediakan sekurang-kurangnya RM400 lagi untuk bela.

Anda juga akan terikat selama tujuh tahun dengan hutang tersebut. Jika sekarang umur 23 tahun, maka nanti umur 30 tahun baru habis.

Hutang belajar pun belum start bayar, sudah terikat dengan hutang baru.

Naik motor pun ok jugak. Tak jamm dan mudah nak parking.

Naik LRT pun ok. Boleh tengok-tengok awek. Mana tua jumpa jodoh.

Atau sewa sahaja rumah dekat dengan tempat kerja.

Anda kan baru nak memulakan hidup.
Jadi rancang sebaiknya.

Norajian Kamarudin
INFAQ Consultancy

#financialplanning
#siswazah
#anakmuda
#infaqconsultancy
#sahabatbc

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya gunakan applikasi SETEL ini sejak beberapa bulan lalu dan…