fbpx

Jangan Ikut Orang

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 233Words
  • 334Views

Dipetik dari FB Shahirla Azmin

BANK KITA MUNGKIN SAMA, DUIT DI DALAM KITA YANG BERBEZA.

  1. Kenderaan ialah keperluan asas kita semua. Jenis-jenis kenderaan ialah pilihan dan kehendak kita. Jenis-jenis kenderaan ialah seperti bas awam, motor, kereta mewah dan lain-lain.
  2. Kita nampak Siti beli kereta double cab, kita pun mahu beli kereta double cab yang sama. Walhal, Siti membeli kerana dia dan suami ada bisnes Kelapa Sawit. Atas faktor jalan gravel ke ladang kelapa sawit mempengaruhi Siti membeli double cab.

Sedangkan masa kerja kita banyak di pejabat. Di kawasan bandar. Masa untuk parking lebih banyak daripada kereta kita bergerak. Jadi, mengapa perlu meniru Siti?

  1. Keperluan setiap kita berbeza-beza. Kajian menunjukkan kegagalan membayar balik pinjaman peribadi dan kenderaan menyumbang hampir separuh daripada jumlah kes muflis dengan terbaharu, 49 peratus pada 2018.

Rujuk di sini 

  1. Usah terikut-ikut cara berbelanja orang lain. Bank kita mungkin sama. Duit di dalam bank kita yang berbeza. Beli ikut keperluan dan kemampuan kewangan kita. Formula ampuh untuk membeli kereta ialah, harga kereta jangan lebih dari harga setahun pendapatan.

Jika pendapatan bulanan RM2,500 maka harga kereta jangan lebih daripada RM2,500 X 12 = RM30,000.

  1. Ada sahabat saya berkereta kancil pergi ke tempat kerja. Sedangkan saya tahu dia mampu membeli kereta yang lebih mewah. Namun sahabat saya laburkan untuk membeli aset jangka masa panjang dan untuk pendidikan anak-anak. Saya sendiri banyak belajar daripada beliau.

#ibucelikwang

INFAQ CONSULTANCY

Share jika bermanfaat.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB M Firdaus Ibrahim "cashvalue" vs tiada "cashvalue"…