fbpx

Jangan Jual Insurans Konvensional, Walaupun Kepada Non Muslim

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 414Words
  • 426Views

Sempena Ma’al Hijrah, saya ingin mengajak rakan-rakan yang masih menjual produk-produk tidak patuh syariah seperti insurans konvensional, unit trust konvensional, produk perbankan konvensional untuk kita berhijrah ke produk patuh syariah.

Sedih juga melihat rakan-rakan seindustri takaful, masih lagi terlibat mempromosi insurans konvensional.

Ada yang daripada group kompeni insurans dan takaful yang sama, contoh ABC Assurance dan ABC Takaful. Ada juga yang daripada kompeni takaful lain, kompeni insurans lain dalam ejensi yang sama, contoh ABC Takaful dan XYZ Assurance.

Jika yang mempromosi tu dari kalangan non-Muslim, saya tak terkejut sangat.

Tapi masalahnya ialah rakan-rakan Muslim yang masih mempromosi insurans konvensional dan takaful, serentak.

Ada yang secara terang-terangan mempromosi insurans konvensional. Tapi masih ramai juga sebenarnya yang menjual insurans konvensional secara senyap-senyap.

Saya terkejut juga apabila mendapat berita rakan-rakan FB yg berada di sebuah kompeni yang mempunyai kedua-dua takaful dan insurans konvensional, di FB mempromosi takaful tapi apabila berhadapan dengan pelanggan, memberi pilihan insurans konvensional.

Alasan tipikal, harga produk insurans konvensional lehih murah berbanding takaful. Aduhai….

Sahabat, syurga itu memang mahal…

Lebih malang lagi ada orang Islam yang pakai kopiah dan ada yang berjanggut. Sunnah kopiah dan janggut tu bagus dah tapi kalau masih lagi mempromosi dan terlibat dalam insurans konvensional tu, tak tau nak kata apa dah.

Itulah penunggang agama yang sebanar. Pakai kopiah, siap berjanggut, malah kadang kala berserban berjubah – tapi masih mempromosi insurans konvensional.

Jika ia berlaku dalam proses transisi hijrah, kita boleh faham lagi. Tapi kalau dah bertahun-tahun ia masih lagi mempromosi insurans konvensional atas alasan darurat, dah tak kena cara tu.

The real religion rider! .

Ada juga alasan untuk ditawarkan kepada pelanggan Non-Muslim. Suka saya beritahu ia sama macam jual arak kepada orang non-Muslim.?

Majlis Fatwa Kebangsaan sudah berpuluh tahun putuskan hukum insurans konvensional adalah haram sebab mempunyai unsur riba, gharar dan maisir.

Dosa riba hukumnya lebih besar dan berat berbanding minum arak, malah lebih besar dibandingkan dengan mencuri, merompak, membunuh, berzina dan segala dosa-dosa besar lain.

Ada yang kata takaful lebih mahal daripada insurans konvensional. Siapa kata? RM40++ boleh dapat manfaat takaful RM200,000 bagi pelanggan berusia 30 tahun.

Ada yg sangka ia polisi PA. Bukan!

Dengan RM40++ sebulan, pelanggan menikmati manfaat2 berikut:

  • RM200,000 manfaat kematian biasa
  • RM200,000 manfaat kematian akibat kemalangan
  • RM200,000 manfaat kematian akibat sakit
  • RM200,000 manfaat kematian akibat Covid-19
  • RM200,000 manfaat itu boleh dijadikan HIBAH TAKAFUL
  • Bayaran kekal sehingga 20 tahun!

Berminat?

Klik di sini
Klik di sini
Klik di sini

Madu di tangan kanan, racun di tangan kiri utk ditawarkan kepada pelanggan.

Jom berhijrah!

Afyan Mat Rawi, IFP

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ramai juga saya perasan yang terkeliru dengan kenyataan bahawa moratorium…