fbpx

Jangan Tamak Dalam Melabur Saham

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 379Words
  • 305Views

Berhati-hati dalam melabur saham.

Jangan tamak. Belajar. Jangan mudah terpengaruh.

Dipetik dari FB Nik Hasyudeen

Komisyen tipu saham RM10,000 sebulan | Harian Metro

Kaedah penipuan di pasaran saham

Semalam saya tulis berkenaan perlunya berhati-hati bila berjual beli di pasaran saham kerana ada risiko penipuan. Sebab itulah ada Suruhanjaya Sekuriti, bertujuan untuk menjadikan pasaran modal kita dijalankan dengan adil dan berperaturan.

Saya kongsikan di sini beberapa contoh bagaimana nilai saham boleh dimanipulasi oleh penjenayah di pasaran saham. Ya, menipu di dalam urusniaga saham adalah jenayah kerana ada pihak yang akan tertipu dan kehilangan harta mereka. Sebab inilah saya pernah katakan undang-undang sekuriti menenuhi objektif Syariah dari segi menjaga harta. Penipuan di pasaran saham lebih teruk kesannya dari mencuri ayam di pasar basah.

1. Pump and dump

Pemanipulasi akan membeli dan menggumpul saham terlebih dahulu. Kemudian mereka akan menyebarkan berita yang baik berkenaan saham berkenaan melalui pelbagai kaedah seperti blog, email dan media sosial. Bila pelabur runcit mula membeli saham demikian, harga akan naik. Ini memberi peluang kepada pemanipulasi untuk menjual saham mereka dan mengambil keuntungan.

2. Spoofing

Pemanipulasi akan membuat pesanan (order) untuk membeli dan menjual saham seolah-olah ramai orang yang mahu membeli saham berkenaan. Orang yang tidak tahu akan tertipu dan membeli saham pada harga yang ditujui oleh pemanipulasi. Pada ketika itu pesanan yang tidak berkenaan akan dibatalkan dan pemanipulasi akan menjual saham pada harga yang ditujuinya.

3. Cornering the market

Di sini, pemanipulasi akan membeli saham-saham syarikat yang ditujui mereka dengan banyak sehingga mereka mampu menetapkan nilai sahamnya. Bila sampai harga yang mereka tujui, mereka akan menjual kepada pihak yang membeli kerana mengikut orang lain.

Untuk memanipulasi seperti di atas, mereka menggunakan banyak akaun dan ada di antaranya dibuka di luar negara dan menggunakan banyak akaun di atas pelbagai nama supaya pemilik akaun berkenaan sukar dikesan.

Pihak yang terlibat juga ada peranan masing-masing dan mungkin tidak mengenali di antara satu sama lain.

Syarikat-syarikat yang modalnya kecil dan harga sahamnya murah agak terdedah kepada manipulasi saham. Jadi berhati-hatilah bila mahu berjual beli saham-saham yang digelar “penny stock” ini.

Pihak kawalselia seperti Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti ada pasukan khas untuk mengawalselia aktiviti manipulasi ini. Mereka menggunakan sistem yang canggih untuk mengesan aktiviti manipulasi untuk mengambil tindakan yang bersesuaian.

Syarikat-syarikat broker saham juga bertanggungjawab agar mereka dan wakil-wakil mereka tidak terlibat dengan manipulasi saham.

 

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Kamal Zharif Orang ini simpan duit sejak…