fbpx

Jelaskan Matlamat Hidup Kita

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 420Words
  • 288Views

Tulisan ini diambil dari FB Noraini Othman yang berkongsi pengalaman bertemu kliennya baru-baru ini.

Alhamdulillah..Allah temukan client Melaka saya di Medini Johor, maka saya tak perlu ke Bandar Melaka.

Dah banyak jimat kos minyak dan tol walaupun pemberitahuan appointment last minute.

Antara soalan yang ditanya ialah kos tol perjalanan saya pergi balik, ianya berjumlah RM20++

Kemungkinan beliau daripada golongan M40 @ T20.

Saya tertarik apabila seorang daripada golongan boleh dikata have-have ini berkira soal kewangan dan nampak juga pakaian beliau hanya biasa-biasa sahaja.

Saya anggarkan beliau hidup di bawah kemampuan.

Mana tidaknya saya kata begini sebab akaun 2 pun masih tidak berusik.

Akaun 1 pula apabila diberitahu umur 55 dah boleh withdraw semua, beliau angguk-angguk seraya berkata…oo..dah boleh keluar semua eh..

Maksudnya beliau tak ambil pusing tentang wang KWSP sebab nampak tiada keperluan untuk keluarkan mungkin.

Sesungguhnya saya respect pada orang sebegini sebab bukan mudah mahu mengawal hidup di bawah kemampuan.

Biasanya yang saya jumpa pendapatan RM2k tapi gaya macam pendapatan RM5k.

Selipar sahaja mahu berjenama, baju renang di pantai pun pakai swimming suit, anak tudung, tudung baju semua mesti ada nampak labelnya daripada luar.

Tujuan hidup kita ni kan bukan berpakaian untuk supaya orang nampak hebat @ supaya orang tau yang kita ni jenis pandai bergaya sebab kita bukan retis pun.

Cukup la kita pakai seadanya yang baik yang elok dan tidak kerap bertukar-tukar pakaian selagi ianya boleh dipakai.

Banyaakkk lagi benda lain yang kita perlu utamakan seperti kos pendidikan anak-anak, kos membaiki kenderaan, kos kecemasan, kos membeli rumah dan pelbagai kos lagi…panjang haih nak tulis…

Antara kos yang paling ditakuti ialah kos kecemasan.

Kos kecemasan antaranya ialah tetiba kemalangan jalan raya, rumah terbakar @ banjir, sakit tetiba, rumahtangga tidak bertahan lama, dibuang kerja, hilang punca pendapatan dan pelbagai lagi..

Jadi janganlah malu untuk hidup di bawah kemampuan sebab bila kita susah orang boleh tolong sikit sahaja dan jika kita berhutang demi memenuhi nafsu untuk nampak hebat itu lagi parah.

Kutu segala macam jenis kutu ada daripada sekecil-kecil barang seperti karpet harga puluhan ringgit sehingga ribuan ringgit ada di mana-mana.

Jika beli barang pun main kutu yang hampir semua adalah riba, maka sebenarnya kita tidak layak langsung nak membeli barang itu kerana ianya bukan keperluan pun.

Didiklah nafsu, bayarlah hutang, bayarlah nafkah, bayarlah zakat, sumbang kepada ibu bapa, sedekah jangan lupa… InsyaAllah hidup lebih bermakna.

Betulkan niat untuk hidup kerana kita akan bertemu Allah di hujung nanti, bukan untuk orang lain nampak kita hebat di dunia…

Segan betul dengan client sebegini.

INFAQ Consultancy JDT

Dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Awal tahun sebegini, elok sangat kali kita buat semakan CCRIS.…