fbpx

Jenis-jenis manfaat penyakit kritikal atau critical illness (CI)

  • 3 months ago
  • 2Minutes
  • 338Words
  • 927Views

Jenis-jenis Manfaat Penyakit Kritikal atau Critical Illness (CI)

1. CI ADDITIONAL

Manfaat penyakit kritikal TAMBAHAN ke atas perlindungan asas.

Contoh:
Manfaat asas : RM200,000
Manfaat CI : RM100,000
Manfaat CI peringkat awa l: TIADA

Total manfaat : RM300,000

Bermaksud, manfaat CI BERASINGAN daripada manfaat hibah (yang selalu dipanggil hibah takaful). Jika dah claim CI, masih lagi ada manfaat asas RM200,000

2. CI ACCELERATED

Manfaat penyakit kritikal SEBAHAGIAN daripada perlindungan asas.

Contoh:
Manfaat asas : RM200,000
Manfaat CI : RM100,000
Manfaat CI peringkat awal : TIADA

Total manfaat : RM200,000

Bermaksud, manfaat CI menjadi SEBAHAGIAN daripada daripada manfaat hibah (yang selalu dipanggil hibah takaful). Jika dah claim CI, baki manfaat asas RM100,000

3. CI KOMPRHENSIF atau Comprehensive Critical Illnes

Manfaat penyakit kritikal bermula daripada peringkat awal.

Jika CI ADDITIONAL atau CI ACCELERATED, hanya berikan manfaat apabila pelanggan disahkan penyakit kritikal, tapi CI KOMPRHENSIF berikan manfaat apabila disahkan penyakit kritikal

Contoh:
Manfaat asas : RM200,000
Manfaat CI : RM100,000
Manfaat CI peringkat awal : RM50,000

Total manfaat : RM300,000

Bermaksud, jika pelanggan disahkan penyakit kritikal peringkat awal, akan dapat pampasan RM50,000. Masih ada lagi manfaat penyakit kritikal RM50,000 dan manfaat asas untuk kematian RM200,000

Berikut contoh quotation untuk lelaki berusia 30 tahun, kelas pekerjaan 1 dengan peruntukan sumbangan RM99 sebulan,

+ RM100,000 utk KEMATIAN (selalu disebut sebagai HIBAH TAKAFUL)
+ RM100,000 untuk lumpuh atau TPD
+ RM100,000 untuk PENYAKIT KRITIKAL (CI) KOMPREHENSIF , termasuk RM50,000 untuk penyakit kritikal tahap pertama.
+ 3 manfaat di atas adalah berasingan. Boleh claim setiap satu. KEMATIAN + LUMPUH / TPD + CI / PENYAKIT KRITIKAL.
+ Manfaat PENYAKIT KRITIKAL (CI) pula adalah yang komprehensif. Boleh claim bermula dari tahap 1.

EXTRA:

+ ELAUN HOSPITAL RM100 sehari (tidak kira hospital swasta atau kerajaan)

+ WAIVER apabila disahkan penyakit kritikal.

+ WAIVER apabila disahkan lumpuh (TPD)

+ Ada NILAI TUNAI RM5,000 ke RM7,000 (anggaran) selepas tamat tempoh polisi.

Berbaloi atau tak berbaloi?

Lebih berbaloi berbanding polisi sedia ada?

Jangan terus batalkan untuk langgan polisi baru. Ia hanya menguntungkan ejen, tapi klien belum tentu.

Boleh review dulu dan tambah mengikut kesesuaian. Untuk mengelakkan berlaku seperti di dalam gambar, “Ada 3 Polisi Tapi Tak Cover”.

Berminat untuk tahu lebih lanjut? Sila isi borang di bawah.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tak sangka wajah saya akhirnya setaraf dengan Dr Daud Bakar,…