fbpx

Jika Mahu Perolehi Pulangan Yang Tinggi, Perlu Ambil Risiko Yang Tinggi

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 424Words
  • 250Views

Di petik dari FB Noraini Othman

Seperti yang dijanjikan pada posting sebelum ini.

Dalam industri unit trust, kita boleh dapat keuntungan jangka pendek dan jangka panjang.

Keuntungan jangka pendek ialah pelabur beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.

Soalan yang selalu ditanya ialah berapa rendah dah dikira sebagai rendah dan berapa tinggi dah dikira sebagai tinggi?

Ini soalan kbat ya Tuan-tuan dan Puan-puan sebab jawapan bergantung kepada tahap risiko pelabur itu sendiri.

Ramai pelabur nak risiko rendah tapi pulangan tinggi.

Hakikatnya jika mahu perolehi pulangan yang tinggi, perlu ambil risiko yang tinggi.

Saya pernah menulis tentang risiko Inter-Pacific Dana Safi di sini: Baca di sini

Kali ini saya nak berkongsi tentang satu lagi Dana yang mempunyai potensi untuk para pelabur meraih keuntungan jangka pendek.

Jangka pendek yang saya maksudkan ialah tidak perlu tunggu bertahun-tahun untuk meraih keuntungan.

Dana yang saya maksudkan ialah PMB Shariah Growth fund.
Volataliti dana ini sangat tinggi seperti Dana Safi.

Tidak sesuai untuk pelabur yang mempunyai risiko rendah.

Tidak sesuai kepada para pelabur yang tak boleh tengok pelaburan jadi negatif.

Pelabur yang benar-benar memahami konsep pelaburan ialah pelabur yang tunggu harga jatuh!

Aikkk! Biar betik!! Ah sudah…

Pelabur yang menunggu harga rendah ialah pelabur sejati sebab pelabur ini tahu, dana yang bagus pasti akan menunjukkan kenaikan, hanya perlu masa dan kesabaran sahaja yang menentukan.

..dan yang buat lagi best, pelabur yang kacaks itu menambah pelaburan walaupun harga jatuh lagi.

Salah seorang client saya pernah membeli tunai dana ini dengan harga RM0.96 dan menjual semula dengan harga RM2!

Kiraannya begini, jika abang kacaks melabur RM100k pada harga RM0.96, abang kacaks mendapat 104166.6666 unit.

Saya tak tolak sales charge 6% tu, nanti pening.

Apabila harga unit melambung naik kepada RM2, pelaburan abang kacaks telah menjadi RM208333.3332 guysss!

Jika nak tahu details dan belajar tentang bagaimana unit trust bekerja, sila sediakan kertas dan pen.

Saya akan call setiap pelabur yang berminat nak belajar lebih terperinci.

Saya akan permudahkan sehingga faham. InsyaAllah.

Yuran mengajar ilmu unit trust? Percuma.

Lepas tu nak melabur dengan saya atau tidak, tiada paksaan.

Para pelabur sepatutnya tahu dan ambil tahu tentang pelaburan masing-masing dan jangan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada agen.

Para pelabur perlu ada rasa kebertanggungjawaban terhadap wang sendiri, jadi apabila ada yang mahu mengambil kesempatan, para pelabur tidak mudah merasa goyah kerana kita yakin bahawa kita melabur di tempat yang betul serta kita tahu kenapa kita melabur di situ.

Jangan jadi seperti lalang yang ikut sahaja kata-kata orang sekeliling yang ingin mengambil kesempatan apatah lagi ketika pandemik sebegini.

INFAQ Consultancy JDT

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Asyraf Naim FAHAMI POLISI TAKAFUL & KEPERLUAN…