fbpx

Kalau Betul, Saya Cadang Kerajaan Melabur Dalam BDIG

  • 5 years ago
  • 1Minute
  • 183Words
  • 455Views

Ramai betul yg tanya saya pasal BDIG.

Berdasarkan promosi mereka, dengan modal serendah RM45, boleh jadi RM76 dalam masa 100 hari dan maksima boleh dapat RM608 dalam masa 400 hari.

Jika modal RM4,500 boleh dapat
– RM7,600 dalam masa 100 hari
– RM60,800 dalam masa 400 hari

Kalau betul apa yang dikata, suka saya cadangkan kepada kerajaan Malaysia melaburkan wang ke sini untuk menjana keuntungan bagi membayar hutang negara sekaligus menunaikan manifesto untuk membantu rakyat Malaysia.

Boleh kumpulkan wang di KWSP, Tabung Haji, ASB, KWAP dan lain-lain utk dilaburkan ke BDIG.

Jika laburkan RM100 Billion, InsyaAllah dalam masa setahun akan menjadi RM1 Trillion.

Dengan wang RM1T itu boleh la digunakan untuk membayar hutang negara.

Kalau laburkan RM200 Billion, boleh dapat RM2 Trilion!!!

Bukan setakat dapat bayar hutang negara, boleh mansuhkan tol, mansuhkan PTPTN, mansuhkan semua cukai dan segala macam manifesto yang dijanjikan.

Jadi, tolong la sangat geng-geng DBIG untuk melobi dan mengusulkan kepada kerajaan supaya laksanakan perkara ini.

Tolong kongsi-kongsikan tulisan ini supaya ia sampai leads pihak berkenaan.

Yang mencadang,
Afyan Mat Rawi

(Faham dok mesej yang saya nak sampaikan?)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Izinkan saya beri pandangan sebagai seorang wartawan. Isu Dr Maszlee Malik dan…