fbpx

“Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful/insurans cover atau tidak?”

  • 7 years ago
  • 6Minutes
  • 1016Words
  • 406Views

“Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful/insurans cover atau tidak?”

Saat ini, 2 hari menjelang 9 Julai 2011, antara soalan yang paling popular diajukan kepada saya ialah “Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful cover tak?”.

Sekali imbas, ia soalan-soalan nakal ditujukan kepada saya selaku perunding takaful. Namun, di sebalik kenakalan tersebut, ia ada benarnya juga.

Ada juga saya memberi respon kepada soalan itu dengan respon, “Ada cover – Takaful ALLAH Taala”.

Untuk menjawab persoalan ini beberapa perkara yang saya lakukan, antaranya;

  • menyemak terma-terma pengecualian di dalam polisi,
  • berbincang dengan rakan-rakan perunding takaful,
  • bertanya kepada bahagaian tuntutan syarikat takaful,
  • saya juga bertanya kepada rakan-rakan peguam, memandangkan ia ada kaitan dengan undang-undang.

Selepas beberapa perbincangan dan penyelidikan dijalankan, saya dapati soalan ini perlu disertakan dengan beberapa sampel kes, agar ia menjurus kepada jawapan yang tepat. Apapun, tulisan yang bakal saudara-saudari baca nanti bukanlah mewakili mana-mana syarikat takaful. Ia hanyalah pandangan berdasarkan pengalaman peribadi seorang perunding takaful.

 

fb-bersih-afyan-2

Ini bukan logo BERSIH

Pertama, apabila dirujuk kepada terma-terma di dalam mana-mana polisi takaful dan insurans, selalunya akan terdapat klausa pengecualian yang memungkinkan syarikat tidak akan membayar pampasan sekiranya kemalangan berlaku akibat daripada penglibatan di dalam rusuhan dan perhimpunan haram.

Antara klausa pengecualian yang boleh dijadikan contoh ialah sebagaimana berikut;

  • Peserta Terlibat dalam atau percumaan dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.
  • Tuntutan terhadap penyakit atau kecederaan akibat daripada perlakuan yang melanggar atau menyalahi undang-undang.

 

Kedua-dua klausa di atas saya ambil daripada laman web http://www.insuranceinfo.com.my yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM), dan ia selari dengan klausa-kluasa pengecualian yang di dalam polisi mana-mana syarikat takaful.

Berdasarkan klausa-klausa di atas, nyata sekali sekiranya berlaku kecederaan atau kemalangan ketika terlibat di dalam sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara, termasuk perhimpunan awam, maka tuntutan ke atas perkara tersebut akan ditolak. Ia bukan terhad kepada perhimpunan awa, malah juga aktiviti perjudian, rompakan, kecurian, dan sebagainya.

Saya pasti, semua orang akan bersetuju dengan kesimpulan pertama ini, termasuk pegawai bahagian tuntutan syarikat insurans / takaful 🙂

Kedua, timbul pula isu lain, adakah perhimpunan BERSIH adalah termasuk perkara yang dikira sebagai “aktiviti melanggar undang-undang”?

Inilah yang menjadi persoalan besar untuk menjawab soalan “Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful cover tak?”. Untuk menjawab persoalan ini, saya bertanya kepada bahagian tuntutan syarikat takaful serta beberapa orang peguam.

Di syarikat yang saya wakili belum pernah terjadi isu tuntutan seperti ini. Malah pengalaman saya sendiri selepas lapan tahun menjadi perunding takaful, belum pernah ada pelanggan yang membuat tuntutan selepas terlibat “perhimpunan awam” 🙂

Antara maklumat yang saya terima, memang pernah berlaku satu kes mahkamah seorang pelanggan insurans yang membawa kes ke mahkamah apabila tuntutan insurans kemalangan yang dibuatnya ditolak dengan alasan kemalangan terjadi kerana beliau terlibat dalam demonstrasi resformasi 1999.

Pada waktu itu, beliau mengalami kecederaan apabila terlibat dalam satu siri demonstrasi reformasi di ibu kota. Proses mahkamah membawa beberapa tahun dan akhir sekali pihak pendakwaan gagal membuktikan dia terlibat dalam perhimpunan awam. Beliau mempertahankan pertuduhan dengan pembelaan bahawa beliau di dalam perjalan pulang daripada kerja syif malam ketika dalam demonstrasi reformasi itu. Justeru, mahkamah menerima penghujahannya dan mendapati beliau tidak bersalah. Maka, akhir sekali beliau Berjaya membuat tuntutan daripad syarikat insurans selepas beberapa tahun.

Saya hanya mendegar kes ini berdasarkan cerita seorang rakan, dan bercadang ingin mendapatkan fakta kes bagi rujukan di kemudian hari. Mungkin ada rakan-rakan peguam yang dapat membantu saya mendapatkan fakta kes ini?

Seterusnya, untuk mendapat kepastian tentang perkara ini, saya berbincang dengan rakan-rakan peguam yang mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan kesalah demonstrasi.

Satu jawapan yang agak mengejutkan saya, yang  sebenarnya sudah saya pelajari di universiti dulu, perkataan “perhimpunan haram” yang termaktub di dalam Akta Polis tidak difahami oleh polis sendiri!

Untuk makluman semua, di dalam Akta Polis, Seksyen 27 memperuntukan sebarang perhimpunan hendaklah mendapat permit daripada polis, jika tidak ia dianggap sebagai perhimpunan haram.

Seksyen 27 Akta Polis 1967 secara jelas memperuntukan :

  1. Mana-mana pihak yang hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah umum hendaklah mempunyai kelulusan daripada pegawai polis daerah yang berkenaan.
  2. Sebelum mengadakan perhimpunan sama ada di dalam premis atau di luar premis, kebenaran polis hendaklah diperolehi demi kepentingan ketenteraman awam dan keselamatan rakyat.
  3. OCPD boleh menimbang sesuatu permohonan (permit perhimpunan dan ceramah umum) itu tetapi ini bukan bermakna kumpulan atau mana-mana pihak boleh dengan sendiri mengadakan ceramah umum dan perkumpulan yang lebih dari bilangan lima orang.
  4. Kelulusan permohonan permit juga tertakluk kepada budibicara polis dan perhimpunan biasa di dalam bangunan kebiasaanya dibenarkan

Apa yang berlaku di dalam kes-kes yang melibatkan perhimpunan awam ialah, polis sendiri tidak dapat membuktikan berlaku perhimpunan haram. Antara contoh dialog perbicaraan mahkamah yang menjadi bahan jenaka di kalangan peguam adalah sebagaimana berikut;

Peguam : Apakah perhimpunan haram?

Polis : 3 orang atau lebih berkumpula tanpa permit.

Peguam: Baiklah, jika saya bersama isteri dan anak berkumpul sambil menikmata makan malam di dalam rumah, adakah ia haram?

Polis : Oh, tidak. Perhimpunan haram mesti di luar premis.

Puguam : Baiklah, jika saya, ister dan anak berada di luar rumah sambil menikmati makan malam, adakah dikira sebagai perhimpunan haram?

Polis : Oh, tidak. Perhimpunan haram hanya jika terdapat pembesar suara.

Peguam : Baiklah, jika saya, isteri dan anak berada di luar rumah sambil berkaraoke, adakah dikira perhimpunan haram?

Polis : Errr…. ya… eh tidak….

Yang paling nyata, Seksyen 27 Akta Polis ini bersalahan dengan Perlembagaan Persekutuan yang termaktub

Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan.

(1) Tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4);

(a) Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;

(b) Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;

(c) Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.

(Fuhhhh, terimbau kembali memori menjawab kertas peperiksaan matapelajaran ”Constitutional Law” ketika menuntut di Kuliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM suatu ketika dahulu)

KESIMPULAN yang dapat saya rumuskan untuk menjawab persoalan “Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful cover tak?”, ia bergantung kepada persoalan ”Adakah menyertai BERSIH melanggar undang-undang atau tidak?”. Jika BERSIH adalah aktiviti yang melanggar undang-undang, maka sekiranya berlaku sebarang kecederaan ketika terlibat dalam aktiviti itu tidak akan diberikan pampasan insurans / takaful. Tapi jika ia tidak melanggar undang-undang, maka syarikat takaful / insurans mesti meluluskan tuntutan yang dibuat.

Dan, yang akan menjawab soalan ”Adakah menyertai BERSIH melanggar undang-undang atau tidak?”, adalah mahkamah, bukan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, atau Perkasa!

I rest  my case!

*Penulis adalah perunding takaful yang pernah menuntut jurusan undang-undang.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

4 Comments
    • Avatar
  1. Avatar
    • Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jika ada rakan-rakan ejen yang berminat untuk mendapatkannya, boleh isi…