fbpx

Karpet Kaabah: Vision Board orang Melayu Muslim dulu-dulu

  • 7 months ago
  • 3Minutes
  • 437Words
  • 386Views

Melihat gambar oleh Kartunis Aku Napie Bujang Kartun, terus terimbau kenangan raya sewaktu kecil-kecil dahulu.

Kredit gambar : Kartunis Aku Napie

Rare betul jumpa rumah di Lembah Klang dengan hiasan karpet dinding gambar Kaabah ni. Baru je berapa hari lepas saya tulis tentang hiasan ini.

Waktu kecil-kecil dahulu, kalau pergi beraya mesti biasa nampak pemandangan sebegini terutama karpet dinding gambar Kaabah tu di ruang tamu Tuan Rumah, selain jam tangan gergasi, TV, gobok TV, sudu garfu gergasi dan tikar mengkuang.

Tidak kira saya beraya di kampung sebelah ayah di Besut, Terengganu atau di kampung sebelah ibu di Sabak Bernam, Selangor, hampir wajib ada hiasan sebegini di ruang tamu.

Malah di rumah kedua-dua datuk dan nenek saya sebelah ayah dan ibu, ada hiasan sebegini. Apabila tengok gambar ini, terkenang memori zaman kanak-kanak dahulu..

Rakan-rakan yang hidup pada zaman 80-an dan 90-an sila munculkan diri untuk membandingkan sekiranya dan mengesahkan perkara ini.

Masa kecil-kecil dahulu tidak ada sebarang perasaan terhadap perkara tersebut.

Di usia dewasa ini barulah saya faham, bahawa sebenarnya karpet Kaabah itu bukan sekadar hiasan. Bukan saja-saja orang-orang tua dahulu letak gambar Kaabah di ruang tamu rumah mereka.

Vision Board

Ia sebenanrnya adalah “Vision Board” bagi setiap umat Islam yang bercita-cita untuk menunaikan haji di tanah suci dan Kaabah itu sebagai simbolik visi tersebut.

Orang dulu-dulu bekerja keras, berhempas pulas mengumpul harta dengan bermatlamatkan melengkapkan rukun Islam ke-5 ini. Setiap kali mereka pulang ke rumah daripada bekerja, sebaik sahaja buka pintu rumah akan nampak gambar Kaabah ini di ruang tamu rumah mereka.

Ia selalunya diletakkan di kawasan menghadap kiblat dan juga dijadikan ruang solat berjemaah. Setiap kali solat akan menghadap gambar Kaabah tersebut.

Tidak kira mereka bekerja sebagai petani, penoreh getah, peneroka, berniaga, pesawah dan seumpamanya, mereka akan ada peruntukan untuk membina aset dalam bentuk hartanah atau haiwan ternakan.

Itu cara orang-orang dahulu membuat pelaburan. Tanah itu mereka usahakan dari tahun ke tahun sehingga ke satu masa, mereka akan jual. Begitu juga dengan haiwan-haiwan ternakan seperti lembu, kerbau atau kambing yang mereka bela sehingga sampai waktu untuk dijual.

Wang hasil jualan itu mereka gunakan untuk belanja kos menunaikan haji, selepas dicampur dengan wang simpanan tunai yang biasanya disimpan di bawah bantal. Itu cara orang-orang dahulu menyimpan dan melabur untuk menunaikan haji, sebelum wujudnya Tabung Haji.

Orang dahulu pergi menunaikan haji menaiki kapal laut. Sekali mereka pergi makan masa berbulan-bulan, dan ia dianggap sebagai perjalanan terakhir. Sebab itu mereka sanggup bertolok-bergadai segala harta yang ada untuk menunaikan rukun Islam ke-5 itu.

Ketika bekerja, mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk menunaikan haji.

Apabila sudah sampai seru, mereka korbankan segala harta benda yang ada untuk menunaikannya.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tadi terlihat sebuah video yang FYP di Tiktok. Seorang ejen…