fbpx

Kau Nak Apa Sebenarnya ? Nak Untung jee

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 352Words
  • 297Views

“Afyan, aku ada duit lebih RMXXX,000 dalam TH ni. Rasa tak berbaloi la sebab hibah sikit”.

“Alaaa… biar je je la kat situ”

“Kau suruh aku biar je kat TH? Alaaa… Sikit je hibah dia bagi. 1.2% je kot?”

“Kalau macam tu kau rasa, letak kat ASB la”

“ASB? Isshhh… Tak nak aku. Syubhah!!”

“Dah tak syubhah dah. Majlis Fatwa kata ok. Semua majlis fatwa negeri pun dah haruskan”

“Taknak la aku ASB. Pada aku tetap syubhah”

“Kau nak yang macam mana?”

“Aku nak yang untung lebih lagi la. Kau kan Afyan Mat Rawi perunding kewangan tersohor? Takkan tara TH & ASB je kau punya cadangan?”

“Ok la, apa kata kau try invest unit trust”

“Aku dah pernah invest hari tu. Rugiiiii memanjang unit trust ni. Ejen je yg untung”

“Hmmm… Kau try la invest kat saham”

“Saham??? Tak berani aku. High risk!”

“Gini, kau beli la property. Ok juga Investment property ni”

“Property??? Taknak aku. Nanti jadi kapitalis. Beli murah lepas tu jual mahal. Dah kira ambil hak orang lain. Zalim!”

“Macama ni, kau beli property yang orang tak ak beli sangat. Rumah lelong atau rumah flat yang orang tak berapa minat. Lepas tu kau renovate sikit dan sewakan. Jangan sewa mahal. Tak la kapitalis sangat”.

“Hmmmm….. Macam susah je nak buat. Nak kena masuk lelong bagai. Lepas tu nak kena renovate pula. Lepas tu nak kena uruskan penyewa lagi. Leceh laaaa”

“Ginilah, nak mudah kau beli emas. Beli dan simpan”

“Emas??? Aku tengok dua tiga tahun ni harga emas stagnant je. Turun lagi ada…”

“Habis kau nak apa sebenarnya????”

“Errrr…. Ada tak yang boleh bagi 20% – 30% setahun tanpa perlu buat macam-macam?”

“Ada, jap…..”

(Babak seterusnya terpaksa dipotong kerana mengandungi aksi yang tidak sesuai untuk tontonan umum. Salah seorang didapati meninggal dunia dan seorang lagi sedang direman)

Nota: Kisah di atas ialah adaptasi dari sebuah kisah benar tapi diolah sesuka hati oleh penulis.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

P/S: Ada tak nak lakonkan buat short movie atau buat kartun kisah di atas?

IKLAN: Jangan lupa follow FB ini dan klik see first & Channel Telegram t.me/AfyanIFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jika berkira-kira untuk memindahkan wang dari Tabung Haji ke ASB,…