fbpx

Kaya Dan Bahagia

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 378Words
  • 395Views

Adakah wang boleh membeli dan memberi kebahagiaan?

Ada satu kajian menarik yang dijalankan di Amerika, oleh Psychological Science in the Public Interest pada Julai 2004 yang juga kajian Ed Diener dari Universiti Illinois dan Martin E.P Seligman dari Universiti Pennsylvania (1985)

Mereka mengkaji kaitan antara kebahagiaan dan kekayaan.

Dalam kajian tersebut mereka mengkaji tahap kepuasan hidup 400 orang terkaya di US mengikut majalah Forbes.

Dalam kajian tersebut, mereka mendapati tahap kepuasan yg dikecapi oleh 400 orang jutawan tadi, sama dengan tahap kepuasan puak Maasai di Timur Afrika!

Puak Maasai yang hidup di Timur Afrika adalah golongan premitif yang tinggal di padang pasir Afrika, tinggal di rumah yang diperbuat daripada kayu, mencari makan dengan cara berburu, pakai pakaian bercawat, menggunakan sumber asal seperti kayu dan batu utk kegunaan harian, minum air daripada sumber air mata air dan sungai, makanan daripada pokok kayu dan lain-lain.

Boleh tonton filem Jackie Chan “Who Am I” atau “Gods Must Be Crazy” utk melihat sebahagian kehidupan mereka. Tak pasti pula sama ada ada kaitan dengan watak Baginda Masai dari filem Nujum Pak Belalang lakonan P. Ramlee 🙂

Berbalik kepada kajian di atas, apakah kesamaan antara 400 jutawan tadi dengan puak Maasai ini sehingga mereka memiliki tahap kepuasananda hhidup yg sama?

+ Mereka tidak perlu fikir tentnag kos sara hidup yang meningkat. 400 jutawan tadi mempunyai duit yg banyak utk menampug segala kos tersebut, manakala puak Maasai langsung tidak tahu tentang kos sara hidu yg meningkat.

+ Mereka tidak perlu risau fikir pasal hutang. Jutawan tadi mempunyai aset yg banyak membayar hutang, manakala puak Maasai pula langsung tidak ada hutang!

+ Jika jutawan tadi mempunyai banyak wang utk membeli segala-galanya supaya bahagia, manakal penduduk Maasai pula tidak mempunyai segala-galanya utk jadi bahagia.

+ Penduduk Maasai tadi tidak perlu fikir pasal kos petrol yang semakin meningkat sebab tidak menggunakan petrol, tidak perlu fikir pasal bil telefon sebab tidak pakai telefon, tidak perlu fikir pasal kereta sebab tiada kereta, tidak perlu fikir pasal bil eletrik sebab tidak gunakan eletrik, malah tidak perlu fikir pun pasal GST 🙂

Menarik bukan kajian tersebut?

Manakala di dalam buku Persuit Of Happyness, David G. Myers menulis tentang cara menjadi kaya.

Ada 2 cara utk menjadi kaya;

1. Memiliki harta yang banyak, atau

2. Tidak memiliki kehendak yang banyak.

Apa pendapat anda?

Yang mana hendak anda pilih? Memiliki banyak harta atau tidak memiliki kehendak yg banyak?

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dalam kewangan, berhati-hati apabila membuat keputusan dengan menggunakan pendekatan "alang-alang".…