Keluar Dari Mulut Harimau, Masuk Ke Mulut Buaya

  • Reading:3Minute:s
  • PostView Count:5Views

Cuba bandingkan 2 berita ini.

BERITA PERTAMA: Kerajaan melalui Menteri KPKT mengeluarkan kenyataan bahawa Syarikat Kredit Komuniti dibenarkan beroperasi supaya rakyat tak terjebak dengan ceti dan ahlong haram.

Ini adalah RACUN yang bersulam madu. Rakyat yang tersepit bakal menjadi mangsa.

Keluar dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

Daripada kerajaan benar dan galakkan rakyat meminjam dengan Syarikat Kredit Komuniti, lebih baiklah kerajaan menyediakan skim pinjaman tanpa faedah melalui ejensi-ejensi kerajaan atau pun swasta.

BERITA KEDUA: Usaha yang dilakukan oleh BANK ISLAM yang menyediakan perkhidmatan pembiayaan tanpa faedah untuk usahawan makro.

Imej dari NST

Ia berita baik untuk para peniaga kecil!!

Ya, SKIM PEMBIAYAAN TANPA FAEDAH ATAU KEUNTUNGAN BANK! Saya tulis CAPSLOCK, supaya semua baca betul-betul.

Ia betul-betul SKIM QARDHUL HASSAN, yang seingat saya, inilah kali pertama BANK KOMERSIAL ada perkhidmatan dan produk seumpama ini. Kalau salah, tolong betulkan.

Jika benar, mungkin ia yang pertama seumpamanya di dunia! Hahaha.. Mungkin agak overclaim kenyataan ini.

Jika bank pun boleh buat, sebaiknya kerajaan pun boleh usahakan perkara sama. Ia jaaaauuuuuuh lebih baik daripada pinjaman melalaui Syarikat Kredit Komuniti yang sudah tentu faedah yang dikenakan akan membebankan pengguna.

Inisiatif terbaru Bank Islam Malaysia Berhad, menawarkan produk pembiayaan tanpa faedah untuk usahawan mikro. Melalaui Pembiayaan Mikro Bangkit, Bank Islam menawarkan pembiayaan yang bernilai RM500 hingga RM200,000 dengan tempoh pembiayaan 6 bulan ke 3 tahun.

Yang paling menarik melalui produk pembiayaan ini, ia ditawarkan melalui aqad “qardhul hassan” iaitu pinjaman tanpa faedah. Jarang produk seumpama ini wujud dalam perbankan Islam.

  • 0% interest / faedah / keuntungan bank
  • Tidak perlukan penjamin.
  • Tidak perlukan cagaran

Sasaran utama skim ini adalah untuk mereka yang tidak layak mendapat pinjaman bank.

Selalunya produk perbankan Islam akan disertakan sekali dengan keuntungan tapi kali ini melalui Pembiayaan Mikro Bangkit, peminjam hanya perlu membayar balik jumlah yang dipinjam sahaja.

Inisiatif ini sangat dialu-alukan dalam situasi krisis Covid-19 apabila ramai rakyat yang terkesan akibat krisis ekonomi.

Ada 2 kategori peniaga kecil yang disasarkan untuk mendapatkan kemudahan pinjaman ini:

1. Peniaga baru atau start-up dengan pinjaman RM500 ke RM3,000, dan

2. Untuk tujuan perkembangan bisnes dengan pinjaman RM3,000 hingga RM20,000.

Difahamkan juga, inisiatif ini adalah susulan kejayaan dan dana daripada Sadaqa House yang dijalankan sejak 2018. Sadaqa House adalah projek yang diusahakan oleh Bank Islam untuk mengumpul dana sumbangan orang ramai secara berpusat dan diagihkan secara terancang.

Ini adalah satu lagi benchmark kejayaan perbankan Islam di Malaysia yang wajar dicontohi oleh bank-bank Islam lain. Perbankan Islam bukan sahaja menyediakan kemudahan pembiayaan untuk membantu pengguna dan mengaut keuntungan semata, malah juga menawarkan perkhidmatan yang membantu masyarakat tanpa sebarang keuntungan.

Boleh share dan tag rakan-rakan yang memerlukan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Sempena Ma'al Hijrah, saya ingin mengajak rakan-rakan yang masih menjual…