fbpx

Kembara Haramain

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 336Words
  • 330Views

Dipetik dari FB Afyan Mat Rawi, 

Jumaat terakhir sebelum Arafah di Tanah Haram.

Manusia paling ramai.

Ini video & catatan saya semasa menunaikan haji 2 tahun lalu.

Spek dan kopiah yang pakai menjadi saksi di akhirat kelak.

Usai solat Jumaat tadi, terkenang-kenang solat Jumaat di Masjidil Haram.

Sebulan sana, rasa tak puas berada di bumi barakah Makkah Al-Mukarramah.

Masih terasa betapa panasnya bahang suhu lebih 40 darjah celcius,

Masih tak hilang penat berjalan kaki ke masjid lebih 1 km,

Masih terbayang “main polis sentri” dengan polis Mekah apabila jalan-jalan masuk ke masjid ditutup,

Masih terbayang burung-burung merpati jinak yg bertenggek & terbang sepanjang jalan,

Masih terngiang-ngiang polis-polis Mekah menjerit “Ya Hajj! Toriq, toriq! Ya Hajj! Rasta, rasta!” utk mengarahkan jemaah bangun utk tidak menghalang laluan,

Masih terasa sengal-sengal badan lataran duduk lama di dataran masjid 2 jam dalam kepanasan menunggu masuk waktu Jumaat, khutbah dan seterusnya solat Jumaat.

Buat tatapan rakan-rakan dan followers,

Saya sertakan rakaman video Jumaat terakhir sebekum wuquf di Arafah tempoh hari. Jemaah utk solat Jumaat sampai ke perkarangan luar hotel yg kira-kira 700 meter dari Masjidk Haram.

Perlu gerak awal ke masjid jika tidak, tak dapat masjid. Dalam video ini saya bergerak jam 11 pagi dan tak dapat masuk ke dalam bangunan Masjidil Haram.

Ia sebahagian video rakaman peribadi yg saya rakam sepanjang di sana.

Benar kata Ustaz Syairazi, pembimbing haji kami sepanjang di sana; ketika berada di sana selalu kami bersungut tentang jauhnya masjid dari hotel, panasnya suhu, bengangnya dengan polis Mekah yg tutup jalan sehingga terpaksa berjalan jauh, jauhnya nak pergi tandas jika hendak melepaskan hajat apabila berada di dalam Masjidil Haram dan sebagainya – tapi apabila kembali ke Malaysia ia menjadi memori paling indah.

Ia kini menjadi #MemoriHaji1438 terindah.

#KembaraHaramain
#MemoriHaji1438

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Follow dan klik see first utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Utk info pantas, ikuti Channel Telegram t.me/AfyanIFP

Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;

Channel Telegram t.me/AfyanIFP
Page FB fb.com/Afyan.IFP
Twitter twitter.com/AfyanIFP
Instagram instagram.com/Afyan.IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Norajian Kamarudin berkenaan Pelaburan yang baik  …