fbpx

Kempen BMF, Jangan Sampai Jadi Rasis

  • 4 years ago
  • 1Minute
  • 176Words
  • 343Views

Dalam semangat kempen BMF, jangan sampai jadi rasis.

Kita cintakan bangsa Melayu. Kita cintakan Muslim. Tanpa kita abaikan bangsa lain dan penganut agama lain.

Majoriti Melayu adalah Muslim, dan majoriti Muslim adalah Melayu.

Malah dalam perlembagaan, salah satu indikator Melayu adalah Muslim.

Sayang bangsa berbeza dengan assobiyah.

Ada beza antara rasis dan semangat cintakan bangsa.

Rasis itulah assobiyah, yang Nabi Muhammad larang.

Nabi kata, assobiyah itu kita menolong bangsa atas perkara zalim.

Tapi cintakan bangsa pula, adalah digalakkan.

Nampak macam sama, tapi sebenarnya ada garis pemisah yang jelas.

Jika kita pergi kedai bangsa kita dengan tujuan nak bantu pemilik kedai atas dasar bangsa – ini bukan assobiyah dan tidak salah.

Tapi kalau kita pertahankan kedai bangsa kita yang selalu buka lewat, servis hancur, tak on time, kualiti teruk, gebang lebih, tak tepati janji atas alasan bahawa orang kita ada famili, ada anak bini, ada banyak komitmen, banyak kenduri, anak nak gi sekolah, bini nak bersalin, kucing masuk hospital dll yang menyebabkan masalah-masalah bisnes tadi – itu dah jadi assobiyah.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Khairul Ezuwan   DEFAULT CLAUSE. Kalau tak…