Kenapa Forex Trading Haram dan Bolehkah Ia Jadi Patuh Syariah?

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:16Views

Alhamdulillah, selesai sesi live #BicaraWang pada malam ini. Topik KENAPA FOREX TRADING HARAM & BOLEHKAH IA JADI PATUH SYARIAH? dibawakan secara santai oleh Tn @Haji Razli Razman, seorang tokoh dan orang lama dalam perbankan Islam.

Kepakaran beliau, ada “mengislahkan” produk-produk kewangan konvensional menjadi patuh syariah.

Terima kasih juga kepada seorang penonton dan juga forex trader, Abe Chid yang sudi berdialog mewakili kumpulan forex trader tadi, secara inpromtu.

Rumusan dari sesi tadi, walaupun forex trading sekarang tidak ada yang patuh syariah, tapi usaha ke arah pematuhan syariah boleh dilakukan sebagaimana usaha ke atas perbankan konvensional, insurans konvensional dan ASB.

Boleh tonton rakaman live di bawah.


InsyaAllah topik minggu depan berkaitan dengan hartanah, kebetulan ia sedang hangat diperkatakan beberapa hari ini.

Pada 7 September, kita akan bawakan seorang otai hartanah sejak sekian lama, Tuan Zaidi Ismail, dengan tajuk: Masih Relevenkah Pelaburan Hartanah Sekarang?

Dalam masa sama juga, saya sudah dapatkan tarikh bersama Tuan Faizul Ridzuan untuk ke udara secara live dalam pada 14 September, dengan topik hangat; Siapa Scammer Hartanah?

Ada yg tanya, “Kenapa lambat sangat?” Saya baru mulakan program Live #BicaraWang ini minggu lepas. Tadi baru tamat topik forex.

Kita akan buat secara konsisten setiap minggu, insya Allah jika diizinkan Allah, setiap Selasa jam 9 malam. Tarikh minggu depan sudah saya booking dgn Tuan Zaidi Ismail. Jadi, slot Tuan FR dibawa ke Selasa seterusnya.

Mohon doakan rakan-rakan semua agar majlis ilmu ini boleh dibuat secara konsisten dan berjalan lancar setiap minggu.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Cara pelaburan hartanah saya simple sahaja. Strategi ini tak sesuai…