fbpx

Kenapa Kita Menabung?

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 334Words
  • 307Views

Menyimpan adalah perkara senang yang paling susah kita nak buat.

Dipetik dari FB Abdul Aziz Norzali

KENAPA KITA MENABUNG?

Menabung atau menyimpan duit adalah sesuatu perkara asas dalam prinsip kewangan. Selepas kita mengetahui secara menyeluruh 7 Tiang Kewangan seperti di dalam E – learning BMW ini karya Afyan Mat Rawi <<eSeminarBMW>>

Pasti dan pasti akan tertanya dalam diri bagaimana untuk bermula. Mindset sudah dibasuh dan ditetapkan. Tapi tidak tahu cara nak mula iaitu menyimpan wang.

Kalau semasa kecil kita akan menyimpan dengan mengasingkan sedikit wang poket yang mak ayah bagi dan kita kumpul untuk beli sesuatu keinginan. Sebagai contoh terdekat diri saya sendiri, saya mengumpul duit poket ke sekolah masa itu zaman menengah RM 2.00 nilainya. Jadi saya akan simpan RM 1.00 atau 50 sen. Kumpul-kumpul beli komik GEMPAK😅 (terikut dengan rakan sebenarnya).

Jadi cara kita kumpul adalah dengan menahan diri daripada menghabiskan duit poket RM 2.00 tersebut. Kadang-kadang bawa bekal daripada rumah. Adakalanya makan kuih sahaja. Tapi yang paling jebon paw makanan kawan. 🤣

Bagaimana pula kita nak menyimpan pabila dewasa. Konsep masih sama sahaja. Tapi situasi sedikit berbeza. Di dalam Ebook Mudahnya Simpan Wang akan memberi kita beberapa teknik yang sangat applicable untuk kita guna.

Contohnya, Simpan Si Hijau. Bukan Mak Hang Hijau ya😆.
Simpan Si Hijau ini mudah faham adalah menyimpan semua note duit kertas rm 5.00 (warna hijau). Sebab apa rm 5.00. Note rm 5.00 ini kita kadang jarang guna. Kita lebih suka bayar dengan note rm 1. Betul tak.

So, kalau nampak ada si hijau ja dalam wallet terus amik letak dalam tabung. Lepas setahun kita akan terkejut pok. Tak gitu Raisul Fadhla Safiruddin

Itu baru satu cara. Banyak lagi teknik yang hebat dalam Ebook ni. Nanti free saya sambung lah. Lagi bagus baca Ebook ni😊.

Apapun, ia terpulang pada diri kita nak mula ke tak. Kalau kita dah belajar tapi tak ikuti dengan tindakan samalah macam kita macam orang yang tak belajar pada awalnya tadi.

Sekian. Dahaga pulak😬.

#KembaliKepadaFitrah
#AyahQilah

P/s: Jika berminat boleh lihat komen pertama.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Penting untuk kita mengetahui hak kita sebagai pengguna. Dalam kes…