fbpx

Kerjasama Manulife dan Takaful IKHLAS

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 344Words
  • 425Views

Kerjasama Manulife, Takaful IKHLAS tembusi pasaran

Ada segelintir ejen-ejen insurans konvensional mengejek industri takaful apabila membaca berita bertajuk “Kerjasama Manulife, Takaful IKHLAS tembusi pasaran” di Berita Harian semalam.

Katanya sama sahaja insurans dan takaful kerana syarikat insurans dan takaful dah “berkahwin”.

Saya tergelak kecil membaca kenyataan tersebut.

Ada yang menulis kenyataan tersebut dari kalangan ejen takaful yang kini “berhijrah” ke syarikat insurans konvensional. Dengan berita ini, lagi kuat mereka menghentam takaful.

Nampak sangat tak faham konteks yang berlaku. Mereka bukan berkahwin, tapi hanya berkawan 

Merujuk kepada berita di atas, tidak dapat dinafikan, ada kerjasama antara syarikat takaful dan syarikat insurans.

Apa kerjasama yang dilakukan? Kompeni insurans konvensional memasarkan produk takaful, BUKAN kompeni takaful memasarkan produk insurans konvensional.

Sebenarnya ia sudah biasa berlaku dalam industri selama ini, terutama bagi kumpulan-kumpulan syarikat yang memiliki syarikat insurans konvensional dan takaful.

Ejen syarikat insurans konvensional dibenarkan memasarkan produk takaful, BUKAN ejen syarikat takaful dibenarkan memasarkan produk insurans konvensional.

Ada juga situasi berlaku, ejensi insurans konvensional yang turut memasarkan produk insurans konvensional dan takaful serentak.

Dalam situasi tersebut,
1. Ia tidak menjejaskan status syariah produk takaful. Produk takaful tidak jadi haram.
2. Dalam masa sama tidak menjadikan insurans konvensional bertukar menjadi halal.
3. Tidak menjadikan kerjaya sebagai ejen insurans konvensional menjadi halal.

Analogi mudah begini, peniaga arak menjual air sirap.
1. Ia tidak menjejaskan status syariah air sirap. Air sirap tidak menjadi haram.
2. Dalam masa sama tidak menjadikan air arak bertukar menjadi halal.
3. Tidak menjadikan kerjaya sebagai peniaga arak menjadi halal.

Andaikata, ada kompeni takaful yang membenarkan ejen-ejen takaful memasarkan produk insurans konvensional, implikasi tetap sama. Ia tidak menjadikan produk insurans konvensional menjadi halal. Di Malaysia, agak mustahil untuk ia berlaku.

Dah masuk 2020, masih ada ejen insuran konvensional yang anggap sama sahaja insurans konvensional dengan takaful

Napok? Napok?

Siapa dah habis baca dan fakam, komen “napok!“.
,
Lepas napok, boleh tolong share.

Kalau rajin, boleh tag ejen insurans berkenaan. Kita boleh berbincang secara matang. Saya dah lama kena unfriend. Hahaha.

Wallahua’lam

Afyan Mat Rawi, IFP
Like, follow dan share untuk banyak lagi tip-tip kewangan, bisnes dan kepenggunaan.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apabila melanggan polisi takaful, 2 dokumen ini sangat penting 1.…