fbpx

Lihat bagaimana kes ejen takaful misselling & misleading ini diselesaikan

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 235Words
  • 682Views

Saya pernah menguruskan kes-kes misselling seorang pelanggan takaful haji apabila diperdaya oleh ejen bahawa 90% caruman masuk akaun simpanan dan dijamin pergi haji melalui Tabung Haji.

Selepas menerima polisi takaful, terkejut bukan kepalang pelanggan tadi apabila dinyatakan di dalam polisi bahawa 90% masuk ke akaun syarikat dan hanya 10% masuk ke simpanan pelanggan.

Ini adalah surat aduan yang dikirimkan beliau kepada Bank Negara Malaysia dan alhamdulillah dalam kes ini, beliau menerima 100% wang caruman.

Saya kongsikan perkara ini supaya para pengguna alert dengan perkara ini agar menjadi pengguna bijak, bukan pengguna terpijak.

Kerjaya usahawan merupakan kerjaya yang mulia kerana ia usahawan yang jujur disabdakan Rasulullah (s.a.w) akan bersama dengan para nabi dan Rasul di akhirat kelak.

Apatah lagi usahawan dalam bidang takaful yang mengajak orang ramai berhijrah dari sistem konvensional kpd sistem bebas riba, dan yang penting sebagai medium perlindungan kewangan seandainya berlaku musibah.

Namun ada segelintir ejen yang merosakkan imej bisnes takaful sehingga orang ramai sangsi dengan takaful. Saya tiada statistik utk perkara ini.

Statistik yang ada ialah kadar penembusan takaful di Malaysia tidak sampai 20%, dalam masa 30 tahun takaful wujud di Malaysia.

Negara yang maju ialah negara yang rakyatnya celik kewangan.

Jadi pengguna bijak bukan pengguna terpijak.

Buat pemegang polisi takaful, semak polisi anda dan pastikan ia sama dengan apa yang ejen ceritakan.

Kepada yang baru bercadang, semak Product Disclosure Sheet suapaya ia seiring dengan apa yang diceritakan oleh ejen.

Anda mampu mengubahnya.

SHARE jika bermanfaat.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

2 Comments
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Pelaburan Pertama | ILMU "Sesiapa yang mahukan dunia, mestilah…