fbpx

Kesan kenaikan overnight policy rate (OPR) terhadap hutang bank: Apa yang perlu diketahui

  • 11 months ago
  • 3Minutes
  • 591Words
  • 216Views

Tahukah anda, sekalipun OPR naik, total hutang dlm kontrak yg dimetrai dlm Islamic bank takkan meningkat walaupun RM1 sen.

Apakah kesan kenaikan OPR (overnight policy rate)?

Kenaikan OPR akan memberi kesan langsung terhadap BR (base rate) dan sekaligus memberi kesan kepada pengguna yang mempunyai hutang dengan bank.

1. Bayaran ansuran dengan hutang bank akan bertambah, atau

2. Tempoh bayaran ansuran hutang bank akan bertambah.

Ia terpakai untuk mana-mana hutang bank yang menggunakan floating rate / variable rate, seperti

  • hutang ASB
  • hutang perumahan
  • sesetengah hutang kereta
  • sesetengah hutang personal financing

Bagi fasiliti hutang bank yang berkadaran tetap atau flat rate, ia tak berubah, seperti

  • hutang “personal financing” / “personal loan”
  • hutang kereta
  • sesetengah hutang perumahan, contohnya LPPSA

(Hutang PTPTN, hutang court mamoth, hutang dengan kawan yang dah lama kau tak bayar pun tak terjejas kadar bayaran ansuran dan tempoh hutang. Tinggal lagi kau nak bayar atau tidak)

Ia terpakai untuk kedua-dua perbankan Islam dan konvensional. Oh, nanti akan ada yang kata “kan aku dah kata, bank Islam pun riba juga. OPR naik, dia pun naik”

Rileks. Selalunya yang kata gitu tak memahami pun kontrak produk perbankan Islam.

Bagi hutang dengan perbankan Islam, kadar naik turun OPR tidak menjejaskan jumlah bayaran balik hutang bank sebagaimana yang termaktub di dalam kontrak. Yang berbeza hanyalah jumlah ataupun tempoh ansuran. Ia akan ada kadar siling.

Tonton VT di bawah : Kesan kenaikan overnight policy rate (OPR) terhadap hutang bank

Tapi bagi perbankan konvensional, tidak ada dalam kontrak jumlah bayaran balik hutang. Ia 100% bergantung kpd naik turun OPR dan BR. Semaklah dalam kontrak hutang bank konvensional, takkan ada jumlah bayaran balik hutang sebagaimana dalam perbankan Islam.

Untuk makluman, dalam sejarah, kadar faedah bank-bank di Malaysia pernah naik sehingga melebihi 10%!!!

Mungkin ada yang kurang faham apa maksudnya jumlah bayaran hutang dalam perbankan Islam tak berubah, walaupun OPR berubah.

Maksudnya begini; bayaran hutang yang termaktub dalam kontrak perbankan Islam tak berubah. Ia ditulis secara jelas dan bayaran balik takkan lebih jumlah yang ditulis.

Berbanding bank konvensional, hanya nyatakan kadar sahaja tanpa jumlah bayaran balik hutang. Berapa jumlah bayaran balik? Tidak dinyatakan dalam kontrak dan ia 100% bergantung kepada naik turun OPR.

Tengok balik dalam kontrak perbankan Islam, berapa harga jualan atau bayaran balik hutang.

Contohnya rumah yang harga RM200,000, harga jualan bank / hutang RM500,000

Harga jualan bank atau hutang RM500K tersebut, takkan lebih.

Yang berbeza ialah bayaran ansuran bulanan.

Contohnya ada bulan kena bayar RM1000. Ada bulan kena bayar RM1100. Ada bulan kena bayar RM900. Bergantung kpd kadar OPR semasa. Jumlah tadi sekadar contoh.

Untuk memahami konteks harga jual tu, rujuk posting pasal tawaruq. Klik di sini

Berbeza dengan hutang konvensional, takkan ada harga jualan balik atau total hutang yang pengguna akan bayar sepanjang tempoh pinjaman.

Ia 100% bergantung kpd OPR dan jika OPR berterusan naik, ada kemungkinan bayaran lebih tinggi daripada RM500K tadi.

Apapun, hidup tanpa hutang adalah lebih tenang dan tenteram. Lagi kurang hutang, lagi tenteram hidup ini. Tak kira la hutang bank atau hutang kawan. Jauhkan sama sekali hutang dengan perbankan konvensional.

Yang membankan ialah hutang. Hutang halal atau hutang haram, tetap membebankan. Cara paling mudah supaya tidak mahu terbeban dengan hutang, ialah JANGAN BERHUTANG.

Nabi dah ajar lama doa untuk mengelakkan hutang yang membebankan. Zaman Nabi pun ada sahabat Nabi yang keluh kesah disebabkan bebananan hutang. Sudah pastikan hutang tersebut ialah hutang patuh syariah

Rujuk posting di sini

Riba tidak semestinya terbeban. Dalam dalil Quran Hadith berkenaan riba, tak ada saru pun ayat Quran dan Hadith mengatakan bahawa riba diharamkan disebabkan menindas. Rujuk posting di sini

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya tabik kepada semua tenaga produksi yang berani menghasilkan filem…