fbpx

Ketahui Rahsia Youtuber Naikkan View

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 309Words
  • 295Views

Petang semalam saya membaca ebook tulisan tuan Hafiz Mansor berkenaan tentang YouTube..

Tajuknya “Rahsia YouTubers Naikkan View Melalui Headline”. Lepas dapatkan, sejam lebih sahaja saya habiskan dengan perasaan teruja semua 160 lebih halaman ebook ini. Sambil-sambil menunggu waktu berbuka puasa.

Ya, 160 muka surat dengan penuh warna warni saya baca dalam masa sejam lebih sahaja. Jadi tak boring sangat nak baca. Halaman-halaman akhir, lebih kepada sample-sample headline yang saya skip dan buka balik akan datang.

Antara lain yang saya teruja ialah tentang penulisnya, Tuan Hafiz Mansor bukan seorang YouTubers pun. Perkara ini dijelaskan sebelum saya dapatkan. Sebab itu saya makin teruja.

Memang saya kenal beliau sebagai orang yang mahir dalam bab copywriting dan storytelling. Rupa-rupanya YouTube pun kena ada skil itu.

Itu yang menyebabkan orang search dan view naik! Rahsianya pada HEADLINE, DESCRIPTION dan THUMBNAIL

Sepanjang MCO kali ini saya cuba hasilkan beberapa video dan saya upload ke YouTube tapi hasilnya hanyalah krik-krik krik-krik.

Channel YouTube saya sudah dibangunkan lama cuma tidak aktif, cuma sekarang kebetulan ketika waktu lapang semasa MCO saya mengambil kesempatan untuk menghasilkan VIDEO.

Alang-alang cerita, tolong subscribe Channel Afyan Mat Rawi

Dah subscribe? Baca selanjutnya.

Sebelum ini saya banyak fokus kepada content dan design sehingga menyebabkan nak edit 2, 3 3video makan masa berminggu lebih.

Anak pun teruja tengok ayah dia buat video untuk YouTube, siap tanya

“Ayah dah dapat duit”. Danial teruja dengan berita gamers dapat banyak duit hasil monetize YouTube.

Selepas baca ebook ini, baru saya tahu rupa-rupanya kena fokus kepada HEADLINE, DESCRIPTION dan THUMBNAIL.

Jadi pagi ini saya nak cuba edit balik headline video-video dan description YouTube.

Dan satu lagi tips yang dikongsi kena konsisten bukannya fokus kepada content dan design semata-mata. Kena konsisten lebih penting supaya lebih ramai view.

Kalau saya buat video baru, topik apa yang Tuan-Puan nak dengar?

Oh ya, ebook itu boleh dibaca di sini

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
FINGO? Saya kongsikan kembali apa yang ditulis oleh Ustaz Dr Ahmad…