fbpx

Pablo dan Bruno Kisah Yang Memberi Kesan Kepada Diri Saya

  • 3 years ago
  • 4Minutes
  • 710Words
  • 646Views

kisah motovasi

Kisah yang betul-betul memberi impak kepada mind-set saya tentang bisnes ialah kisah Pablo dan Bruno.

Pablo dan Bruno.

Pernah dengar kisah ini?

Kali pertama saya dengar kisah ini pada tahun 2003.

(Nota: Kemudiannya saya baru tahu bahawa kisah ini selalu digunakan oleh geng-geng MLM untuk cari downline)

Kisah ini juga dikenali sebagai “The Parable of the Pipeline”.

AWAS, cerita ini agak panjang. Please fasten your seatbelt.

“The Parable of the Pipeline”.

#KISAHNYA #BEGINI

Kisah ini bermula di sebuah kampung di Itali, dua sahabat bernama Pablo dan Bruno. Kedua-duanya berazam untuk mengubah hidup mereka untuk menjadi lebih baik dari sekarang.

Pada suatu hari, ketua kampung memberi tugasan kepada mereka untung mengangkut air dari sungai ke kampung mereka.

Mereka mengambil tugasan itu dengan penuh suka hati kerana ia peluang untuk mereka menambah pendapatan.

Mereka diberikan baldi, dan dibayar mengikut jumlah baldi air yang dibawa setiap hari.

Menikmati hasil

Dipendekkan cerita, selang beberapa bulan mereka menikmati hasil daripada usaha keras mereka. Dari situ mereka boleh mula membeli rumah dan binatang ternakan sendiri.

Bruno merasakan kerjaya sebagai pengangkut air itu bermakna tercapai cita-citanya selama ini, tapi tidak bagi Pablo.

Pablo memikirkan cara yang lebih pantas iaitu dengan membina paip air dari sungai ke kampung halaman mereka dan mencadangkan idea itu kepada Bruno, tetapi ditolak mentah-mentah.

Bruno sudah selesa dengan kehidupan sekarang, siang hari bekerja mengangkut air dan diberi upah. Malam hari berehat dan hujung minggu pergi bercuti. Hasil upah tersebut boleh digunakan untuk bergembira.

Pablo meneruskan ideanya untuk membina saluran paip tanpa bantuan Bruno.

Usaha membina paip memakan masa yang lama dan sepanjang tempoh itu Pablo banyak terpaksa membuat kerja lebih masa untuk membina paip tersebut.

Korban masa

Dia terpaksa mengorban masa malam dan hujung minggu untuk membina paip kerana waktu siang digunakan untuk mengangkat air seperti biasa.

Manakala Bruno seperti biasa meneruskan kerja-kerja mengangkut air dan mendapat upah yang setimpal. Dia meneruskan aktiviti malam dan hujung minggu untuk bersama keluarga dan berehat.

Bruno semakin hari semakin kaya tapi kudratnya semakin lama semakin berkurangan. Sementara Pablo terus dengan usahanya kerana dia mempunyai matlamat yang jelas bahawa dia tidak selamanya mengangkut air.

Selepas beberapa tahun yang agak lama, barulah paip yang dibina oleh Pablo berjaya disiapkan.

Mulai saat itu, paip yang dibina oleh Pablo dapat dimanfaatkan oleh orang kampung dan mereka gembira membayar upah kepada Pablo.

Pablo hanya perlu menyelenggara paipnya sedangkan Bruno dalam keadaan semakin tua masih perlu bertungkus lumus mengangkat air.

Di kala itu, Pablo mempunyai banyak masa untuk berehat dan bersama keluarga kerana paip airnya

#TAMAT Tamat cerita Pablo dan Bruno.

Ia adalah kisah tentang perbezaan “pendapatan aktif” dan “pendapatan pasif”.

Mengambil upah dengan mengangkat air adalah pendapatan aktif, manakala paip air itu pula adalah gambar bisnes yang mampu menghasilkan pendapatan pasif.

Sewaktu saya mula-mula mendengar kisah ini kira-kira 16 tahun lalu, ia sangat-sangat menganggu minda saya.

Apa binses nak buat? Saya cuba bermacam-macam bisnes.

Dipendekkan cerita, saya terjumpa bisnes takaful

Nak tahu cerita panjanhg, rujuk cerita dalam #notabisnestakaful2 dan #notabisnestakaful3

Saya jumpa bisnes takaful lebih awal iaitu pada tahun 2003 dan mendaftar sebagai ejen pada tahun tersebut. Tapi hanya nampak potensi sebenar selepas 3-4 tahun sebelum full time pada tahun 2009.

Menjadi ejen takaful, kita boleh mencipta peluang pendapatan pasif selama 6 tahun sebermula dari bulan pertama. Yang penting kita mendapat pelanggan yang berkualiti.

Itu yang saya seronok dalam bisnes takaful, sehingga hari ini.

Pada peringkat awal, pendapatan pasif bermula daripada pelanggan dan pada peringkat seterusnya apabila kita mula membuat “duplikasi” kepada rakan-rakan ejen baru untuk melakukan perkara sama.

Memang pada awalnya ia adalah usaha yang sukar. Bukan mudah untuk mendapat pelanggan. Bisnes yang penuh dengan rejection. Setiap hari akan ada orang reject.

Perlu tebal muka. Banyak kos yang terpaksa ditanggung. Banyak masa yang perlu dihabiskan. Masa malam dan hujung minggu bersama keluarga terpaksa dikorbankan.

Tapi apabila matlamat kita besar dan jelas, semua halangan akan menjadi mudah.

Setiap kejayaan ada harga yang perlu dibayar. Ia tidak datang bergolek.

Pada tahap ini, orang hanya melihat kita berjaya tapi mereka tak nampak pengorbanan yang sudah dilakukan selama ini.

Tapi ramai yang nak jalan short-cut. Kalau ada, saya dah guna lama. Tapi kita boleh pilih sama ada nak guna jalan high-way, atau jalan kampung.

Kejayaan selalunya datang dalam bentuk pra-bayar, bukan pasca-bayar. Bayar dulu, baru dapat.

“I pay the price to prepare to win!”

#notabisnestakaful
#notabisnestakaful6

Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kalau kita ingin mendapatkan kualiti gambar yang terbaik, kita perlu mengambil…