fbpx

Anda Pernah Kira Kos Pelaburan Unit Trust?

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 459Words
  • 517Views

Anda pernah melabur ke dalam unit trust melalui EPF / KWSP atau tunai? Pernah kira berapa kos pelaburan unit trust / unit amanah?

Pernah tak terfikir berapa pulangan yang diperlukan untuk unit trust selepas ditolak dari sales charge / caj jualan supaya ia menyamai dengan pulangan EPF?

Jika pulangan EPF / KWSP untung 5%, berapa pulangan minima jika ia dikeluarkan untuk dilaburkan ke unit trust supaya ia seiring dengan pulangan EPF / KWSP?

Andaian, caj jualan pelaburan unit trust melalui EPF ialah 3%, jika pelaburan itu dibuat melalui ejen.

Hasil pulangan EPF ialah 100% + 5% = 105%.

Jadi, untuk mengira pulangan minima unit trust yang dilaburkan ke EPF selepas mengambil kira caj jualan 3% ialah (100% – 3%) + (X% (100% – 3%)) = 105%

X ialah pulangan minima unit trust yg sepatutnya pelabur dapat untuk ia seiring dengan pulangan minima EPF.

Mari kita tengok jalan kira:

– 97% + (X x 97%) = 105%
– X × 97% = 105% – 97%
– X × 97% = 8%
– X = 8% ÷ 97%
– X = 8.24742268%
– X = 8.25% (bundarkan ke 2 titik perpuluhan)

X ialah 8.25%.

Maknanya, untuk pulangan minima unit trust melalui EPF jika sales charge 3% ialah 8.25%.

Jika pulangan bawah daripada 8.25%, bermakna ia tidak mempu menandingi pulangan EPF.

Jom kita buat simulasi, dengan andaian RM10,000 sebagai amaun pelaburan.

Jika kekal di EPF / KWSP, amaun RM10,000 tadi dengan pulangan 5% akan jadi RM10,500.

Jika duit EPF / KWSP tadi dilaburkan ke unit trust, perlu tolak 3% dahulu untuk caj jualan / sales charge…..

– RM10,000 tolak 3% sales charge, jadi RM9,700,

– Jadi, pelaburan bersih untuk dilaburkan ke unit trust ialah RM9,700,

– Pulangan 8.25% ke atas pelaburan RM9,700 tadi akan jadi RM10,500.25,

– Ok la, lebih 25 sen 😁

Mungkin sebab itu, pada tahun 2016 dilaporkan oleh The Star, CEO KWSP (sekarang bekas CEO) Datuk Shahril Ridza Ridzuan pernah berkata bahawa hanya seorang daripada 5 pencarum yang mengeluarkan wang KWSP mendapat pulangan yang lebih baik berbanding KWSP. Rujuk berita di ruang komen.

Simulasi di atas hanya untuk tahun pertama. Masuk tahun kedua dan seterusnya, pulangan 8.25% di unit trust adalah lebih tinggi berbanding 5% kekal di EPF / KWSP.

Ramai yang tak perasan perkara ini menyebabkan ramai yang keluarkan balik pelaburan unit trust dan masuk ke EPF balik selepas tengok “rugi” selepas setahun dua melabur.

Sebenarnya pelaburan adalah seperti tanam pokok. Ia memerlukan masa untuk ia berbuah. Yang penting sepanjang tempoh tersebut kita perlu banyak bersabar untuk memastikan ia berbuah dan mendapat hasilnya.

Sementara menunggu hasil, kita perlu tambah baja, racun, cantas dan sebagainya. Kalau setahun nampak rugi terus berhenti, confirm takkan dapat buahnya kelak.

Takkan tanam hari ini, esok dapat buahnya?

Takkan kahwin hari ini, esok dapat anak?

Pelaburan adalah untuk jangka masa panjang dan perlu sertai dengan ilmu.

High knowledge, high return.

Faham tak? Tak faham, saya nak lukis guna video macam kelmarin.

Kalau nak video, like dan share tulisan ini. Kalau cukup 1000 like, saya akan lukis video.

 

NOTA: Ketahui cara pelaburan alternatif (tunai dan KWSP) melalui Marketing Representative.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Selain berdebar-debar dengan perkembangan politik semasa, saya juga berdebar menantikan…