fbpx

Kos Pengurusan Harta Pusaka

  • 4 years ago
  • 5Minutes
  • 775Words
  • 2081Views

Kos Pengurusan Harta Pusaka di Amanah Raya

Dipetik dari Fb Ahmad Mustapha 

HARTA PUSAKA | BIDANG KUASA DAN FI

Sudah lama tidak menulis berkenaan pusaka. Mohon jasa baik untuk baca sampai habis supaya anda tahu sebab fi dikenakan.

1️⃣ Dimana tempat keluar SKM? Apakah Bidang kuasa tempat keluar surat kuasa mentadbir (SKM) tersebut ?

🅰️ Amanah Raya Berhad (ARB)
(Harta alih sahaja tidak lebih RM 600,000)

🅱️ Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil (JKPTG)
(Wajib ada sekurang kurangnya harta tak alih seperti rumah/tanah dan nilaian keseluruhan harta pusaka tidak lebih RM 2JUTA)

(c) Mahkamah Tinggi Sivil
(simati meninggalkan wasiat @ tidak meninggalkan wasiat )

untuk makluman ARB boleh menguruskan harta pusaka anda samada berwasiat dan tidak berwasiat yang mana ARB boleh menjadi pempetisyen/ pemohon di Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil bagi pusaka anda yang mempunyai harta tak alih bawah 2 juta dan menjadi Pentadbir bagi harta pusaka anda di Mahkamah Tinggi Sivil seperti yang tertakluk dalam seksyen 13 dalam Akta Amanah Perbadanan AmanahRaya 1995)

2️⃣Berapakah fi Pentadbiran Pusaka di Amanah Raya Berhad ?

Terdapat dua struktur fi pentadbiran pusaka di Amanah Raya Berhad :-

Struktur Fi Pentadbiran Pusaka bagi Surat Kuasa Mentadbir (SKM) yang dikeluarkan oleh

🅰️Amanah Raya Berhad(ARB)
🅱️SKM yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil ( diuruskan oleh ARB sebagai Pentadbir)
(c) SKM / PERINTAH JKPTG yang dikeluarkan oleh Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil ( diuruskan oleh ARB sebagai pempetisyen/pemohon )

Bagi (🅰️) dan (🅱️) di atas , fi pentadbiran pusakanya adalah seperti berikut :-

5% RM25,000 yang pertama
4% baki yang berikutnya sehingga RM225,000
3% baki yang berikutnya sehingga RM225,000
2% baki yang berikutnya sehingga RM500,000
1% bagi baki selebihnya

Contoh pengiraan fi bagi Pentadbiran Pusaka bernilai RM2,100,000

(RM. 25,000 x 5%)= RM. 1,250
(RM 225,000 x 4%)= RM 9,000
(RM 250,000 x 3%)= RM 7,500
(RM 500,000 x 2%)= RM 10,000
(RM 1,100,000 x 1%)= RM 11,000
.
Jumlah fi pentadbiran = RM 38,750 (1.85%)

38,750
…………. X 100% = 1.85% (Peratus digenabkan)
2,100,000

Jumlah fi pentadbiran pusaka yang perlu dibayar kepada ARB adalah RM 38,750 bersamaan 1.85 % daripada harta RM2,100,000.

Saya pernah dengar mitos dan persepsi yang jahat yang mengatakan caj fi Pentadbiran Pusaka di ARB sebanyak 15% yang saya pikirkan mungkin dia tambah semua peratus tu tanpa mengikut stage peratus dan nilaian harta pusaka .

Ada juga mengatakan mahal dengan fi yang dikenakan. Cuma mungkin yang di dengar itu seperti mengeluarkan sekeping kertas sebab apabila pergi ke tempat harta pusaka simati, pihak tersebut akan meminta waris mendapatkan SURAT kuasa di ARB .

Ya la surat kan , kalo saya pada mulanya pon ingat sekadar sekeping surat yang boleh dikeluarkan dalam 1 jam sahaja , rupanya untuk mendapatkan surat tersebut banyak perkara ARB perlu dibuat .

Ye la menguruskan harta orang perlulah berhati hati dan perlu mengikut undang undang yang telah ditetapkan .

.
Baik la, Bagi (c) Fi Pentadbiran Pusakanya adalah seperti berikut :-
.
2.0% daripada nilaian harta pusaka simati
.
Syaratnya :-
Simati ada sekurang kurangnya satu harta tak alih (Rumah/Tanah)
Nilaian harganya tidak lebih RM 2,000,000

Contoh :-
Nilaian harta pusaka simati adalah RM1,000,000

1,000,000 × 2.0%= RM 20,000 (ARB)

Maka fi pentadbiran pusaka yang perlu dibayar kepada ARB adalah RM 20,000

3️⃣Mengapa Amanah Raya perlu mengenakan caj fi sedangkan itu adalah duit waris?

Fi yang dikenakan oleh Amanah Raya adalah untuk kerja –kerja yang dijalankan oleh Amanah Raya sebagai pentadbir kepada harta pusaka simati yang melibatkan tugas-tugas:-

  1. pendaftaran aset
  2. pendaftaran waris-waris,
  3. penyiasatan aset di tempat aset berada
  4. penyiasatan waris
  5. pengesahan aset di tempat aset berada
  6. pengesahan liabiliti/ hutang tempat hutang tersebut berada
  7. Perbicaraan di Mahkamah Tinggi/Pejabat Pusaka Kecil (JKPTG)
  8. penghasilan aset-aset (tempat aset tersebut berada )
  9. penyelesaian/pembayaran hutang dan liabiliti
  10. Permohonan Perintah Pembahagian di Mahkamah Tinggi Sivil
  11. pembahagian harta pusaka kepada waris-waris (mengikut persetujuan waris/ faraid/Perintah/wasiat/ akta pembahagian )
  12. 11(a) ARB akan menguruskan semua harta simati sehingga siap dipindahmilik/diturunmilik kepada waris waris (cth :- tanah/saham/ DLL)

Jika geran atas nama simati pada mulanya ( ARB akan pergi pindahmilik/turunmilik geran tersebut keatas nama waris mengikut perintah biarpun tanah tersebut di serata alam Malaysia)
.
Untuk makluman Fi Pentadbiran yang dikenakan adalah dibenarkan oleh undang-undang di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 dan Akta Probet dan Pentadbiran 1959.

4️⃣Bolehkah caj fi tersebut ditolak daripada harta pusaka simati?

Boleh sekiranya harta pusaka mempunyai aset berbentuk tunai/duit.

5️⃣ Sekiranya waris tidak membayar fi dan kos yang dikenakan, apakah yang akan berlaku?

Sekiranya tiada aset pusaka berbentuk tunai/duit dan waris enggan/gagal membayar fi dan/atau kos tersebut, fail pentadbiran pusaka akan ditutup dan tiada sebarang pentadbiran ke atas harta pusaka tersebut akan dilakukan sehinggalah fi pentadbiran dan kos-kos berkaitan diselesaikan.6️⃣Adakah ARB ada akta tersendiri?

Ya, ARB mempunyai Akta sendiri iaitu Akta Perbadanan AmanahRaya 1995 yang diluluskan oleh parlimen yang tiada pada Syarikat Peramanahan lain.

Selain itu, ARB juga dikawal dibawah Syarikat Peramanahan seperti yang lain

ARB juga satu satunya syarikat Peramanahan Awam di Malaysia

Untuk mengetahui dan mendapatkan lebih maklumat boleh pergi ke channel telegram saya.

Ahmad Mustapha
Cakna Pusaka

#PentadbiranPusaka
#SediakanPerancanganHartaAnda
#FIAmanahRayaBerhad
#RealitiSebenarPusaka
#AmanahRayaBerhad
#INFAQConsultancy
#Afyan Mat Rawi

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dari tahun lepas saya studi pelaburan menggunakan Private Mandate Account…