fbpx

Lagi-lagi Puteri

  • 17 years ago
  • 2Minutes
  • 337Words
  • 284Views

(saya jarang membuat entri tentang program-program saya bersama RK Training. Selalunya Sdr Amin atau Sdr Fadzli yang lakukannya) 

Akhir-akhir ini, kami di RK Training sering dijemput oleh sekolah-sekolah puteri 🙂

Sebelum ini dengan SMK Puterijaya, kemudian dengan SMK Puteri Wilayah.  

Hujung minggu lepas kami bersama-sama dengan dengan pelajar-pelajar Sekolah Seri Puteri.

Hujung minggu ini kami sekali lagi diberi peluang dengan pelajar-pelajar daripada sekolah yang sama!

Jika minggu lepas bersama-sama dengan calon-calon peperiksaan PMR, minggu ini kami akan bersam-sama dengan calon-calon SPM!

Pada kali pertama dimaklumkan tentang program bersama-sama pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh ini, sememangnya amat seronok memandangkan jarang-jarang kami dijemput untuk mengendalikan pelajar-pelajar berasrama penuh. Namun, cabaran utama untuk mengendalikan pelajar-pelajar sebegini ialah untuk memastikan peserta-peserta program kami berpuas hati dalam erti kata berpuas hati sebenarnya!  Kerana pelajar-pelajar ini sudah biasa dengan program-program yang dianjurkan oleh konsultan-konsultan lain malah yang dianjurkan oleh sekolah berkenaan sendiri.

Inilah cabaran kami di RK Training! Untuk memastikan modul yang kami kendalikan dapat diterima oleh para peserta dan tidak mengulangi modul-modul dan aktiviti-aktiviti yang pernah mereka ikuti sebelum ini. Ini kerana program-program bijak belajar, motivasi peperiksaan, kepimpinan dan sebagainya adalah modul-modul biasa yang disediakan oleh konsultan-konsulta seperti kami. 

Dalam menegndalikan program-program di mana-mana sekolah, prinsip modul kami adalah Practical and  Integrated Training Module atau PITMo. Modul yang akan kami laksanakan mestilah PRAKTIKAL dan BERSEPADU. Praktikal untuk dilakukan dan bersepadu di antara aspek fizikal dan mental. Tidak kira mana-mana sekolah kami mengendalikan program, kedua-dua ciri ini akan dikekalkan.

Modul-modul ini dibangunkan daripada masa ke masa dan sentiasa dikemaskini berdasarkan respond yang diberi oleh para peserta dan cikgu-cikgu.

Alhamdulillah, kira-kira seminggu selepas program yang lalu, respond yang diberikan amat-amat menggalakkan malah tidak cukup dengan borang penilaian yang diedar di akhir program, penuh chatbox-chatbox kami dengan komen-komen yang diberikan. 🙂

Terima kasih banyak-banyak atas sokongan dan respon yang diberikan.

Untuk pengetahuan adik-adik SSP Orion 0509; kami di RK Training sentiasa mengalu-alukan jemputan daripada kalian untuk masa-masa akan datang. Kami mempunyai banyak lagi modul yang “mencabar”, “menginsafkan”, dan “menyeronokkan”.

Apa kata jemput kami untuk program kepimpinan pula tahun depan?

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

3 Comments
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Program RK Training bersama pelajar-pelajar SMA-MAIWP telah diulas oleh Sdr…