fbpx

Lelaki Ini Memulakan Pelaburan Unit Trust Dengan Loan RM20 Ribu dan Lihat Berapa Beliau Dapat Selepas 5 Tahun

  • 8 years ago
  • 2Minutes
  • 242Words
  • 341Views

Ini kisah tahun lalu, rugi RM6,000 selepas melabur ke unit trust melalui cara pinjaman bank.

Ini ialah contoh tersontot di jalan yang terang.

** JANGAN mulakan pelaburan dengan pinjaman. Pengecualian bersyarat untuk pelaburan hartanah.

1

Lewat petang tadi berjumpa dengan seorang sahabat lama, beliau bertanyakan tentang beberapa perkara tentang perancangan kewangan dan pelaburan.

Sembang punya sembang, terpacul dari mulut dia, sudah tidak percaya dengan unit trust.

Korek punya korek, rupa-rupanya 5 tahun lepas dia pernah menyertai satu skim unit amanah dan dinasihati oleh ejen untuk membuat personal loan RM20,000 bagi menyertai skim tersebut.

Saya tepuk dahi! Dush!

Selepas 5 tahun, beliau tebus dana unit amanahnya untuk bayar baki pinjaman, masih kena top-up RM6,000.

Dua kali saya tepuk dahi! Dush! Dush!

Mujur beliau insaf dan serik.

Saya kongsikan kepadanya, itu bukan isu pada instrumen unit amanah atau apa sahaja instrumen pelaburan. Itu ialah etika ejen unit amanah memberi nasihat.

Saya katakan kepadanya “nasihat yang paling mahal ialah nasihat yang percuma”.

Dalam hal tadi, orang yang paling untung ialah ejen itu dan pegawai bank sebab mereka dapat bisnes, komisen untuk cukupkan kuota bisnes mereka.

Prinsip saya dalam pelaburan – melabur menggunakan wang lebihan simpanan, bukan gunakan wang simpanan apatah lagi memulakan pelaburan dengan berhutang. Bukan salah unit trust. Salah diri sendiri yang mudah terpengaruh dengan ejen.

Saya cadangkan beliau pelaburan paling menguntungkan – pelaburan ilmu sebelum memulakan mana-mana pelaburan.

Saya akhiri dengan pesanan “Anggap sahajalah RM6,000 tadi ialah yuran pengajian yang perlu anta bayar untuk nasihat percuma tadi”.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini contoh quotation rasmi untuk seorang prospek yang inginkan coverage…