Life Engineering Bukan Pengganti Kepada Medical Card

Life Engineering adalah program komuniti perkongsian kos perubatan di kalangan ahli. Ia bukanlah pengganti kepada medical card.
Memang tak dapat dinafikan, dalam masa beberapa tahun Life Engineering bergerak, kos yang ditanggung oleh ahli jauh lebih rendah berbanding kos biasa pelanggan medical card.
Serendah RM0 sebulan sekiranya tiada claim, dan maksima RM50 sekiranya ada claim.
Namun untung mengatakan bahawa Life Engineering ialah medical card murah adalah dakwaan yang melampau. Ada banyak juga perkara dan ciri medical card tiada pada Life Engineering.
Sedangkan medical card pun ada sesetengahnya mempunyai klausa penarikan portfolio daripada pasaran, inikan pula program komuniti tanpa kawal selia ini.
Medical card pun ada risiko “burst” apabila claim terlampau tinggi, ia tidak mustahil juga berlaku kepada Life Engineering.
Tindakan over claim sebegini boleh menyebabkan pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia mengambil tindakan sekiranya perkara ini tidak dibendung dari awal.
Ada siapa lagi nak tau tentang program Life Engineering ini?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi