Life Engineering Ialah Sebuah Program Crowd Sharing

Pernah dengar Life Engineering? Saya mengetahui program ini sejak tahun 2018 lagi.
Cuma ia semakin ramai yang mula ambil tahu pada tahun 2020 apabila ia mula pasarkan melalui sistem affiliate.
Life Engineering ialah sebuah program crowd sharing utk berkongsi bil rawatan hospital sesama ahli.
Ia sebuah program komuniti yang dikendalikan oleh syarikat Crowd Care Sdn Bhd.
Sekali imbas ia mirip medical card takaful atau insurans, tapi bukan. Fungsinya sama iaitu untuk membantu peserta ditimpa musibah apabila dimasukkan ke hospital, tapi dengan kos yang jauh lebih murah berbanding medical card.
Jika medical card biasa, kita bayar bulanan, tapi Life Engineering bayar yuran tahunan tanpa bayaran bulanan, kecuali sekiranya ada ahli dimasukkan ke hospital.
Dan bayaran maksima setiap ahli bayar sekiranya ada claim, hanya RM50 shj!
Wowww! Biar betul? Sudahlah tidak ada bayaran bulanan?! Bayar hanya jika ada claim, itupun maksima RM50 sahaja!
Adakah ia lebih baik daripada medical card?
Adakah ia scam?
Adakah ia legal?
Apakah statusnya di sisi undang-undang Malaysia?
Itulah soalan yang bermain di fikiran saya apabila mengetahui program ini sejak 2018.
Siapa nak tahu pandangan saya tentang program pelik dan unik ini?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi