fbpx

Loan 120k Jadi 500k Dengan Islamic Financing?

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 382Words
  • 335Views

(NOTA AWAL: Saya bahagikan tulisan ini kpd 2 sudut. Pertama, jawapan kpd Sdra Kokom.

Kedua, jawapan kpd pencaci perbankan Islam)

Sdra Kokom yg dihormati,

Itu dipanggil keuntungan jualan dibuat oleh bank utk membolehkan pembeli memiliki rumah tersebut.

Jika ambil contoh di atas, keuntungan bank ialah 380k.

Saya andaikan, ia sepanjang tempoh 40 tahun.

Jadi, sepanjang tempoh 40 tahun itu, keuntungan bank ialah RM792 setiap bulan.

380k ÷ 40 tahun ÷ 12 bulan = RM792

Sebab itu di perbankan Islam ia dipanggil sebagai FINANCING, bukan loan. Pembiayaan, bukan pinjaman.

Bank ialah institusi perniagaan, bukan badan kebajikan. Ada kos dan risiko yang bank tanggung sepanjang tempoh 40 tahun pembiayaan tersebut.

Kos pejabat, kos pekerja, kos elektrik, kos sistem, kos peguam dan segala macam kos.

Ia sama sahaja dengan mana-mana bisnes.

Contoh mudah, bisnes jual air balang.

Kos secawan air hanyalah sekitar 20 sen, tapi boleh jual sehingga RM1 ke RM2 segelas. Kalau kedai mamak mungkin cecah RM3 segelas.

Ia adalah normal dalam mana-mana bisnes. Kalau taknak beli air, boleh buat sendiri dsn lebih jimat.

Sama macam rumah. Tiada paksaan untuk beli rumah. Ia masih boleh disewa dengan kos yang lebih rendah. Boleh juga kumpul duit dsn beli secara tunai.

Tulisan di atas ialah jawapan kepada persoalan Sdra Kokom. Saya yakin beliau faham.

Manakala tulisan di bawah pula utk menjawab soalan dan sindiran yang datang daripada tulisan ini:

Takkan kita nak expect beli rumah yang berharga RM120k, bayar balik selama 40 tahun RM120K balik?

Tapi kalau ada mana-mana institusi yang mampu menyediakan perkhidmatan pembiayaan RM120K dan bayar balik RM120K dalam masa 40 tahun, saya nak jadi pelanggan.

Saya pernah utarakan pandangan kepada kelompok yang mengkritik perbankan Islam sebagai zalim.

Saya cadangkan mereka kumpulan dana dari kumpulan mereka utk sediakan perkhidmatan pinjaman tanpa keuntungan untuk beli rumah dan saya ingin menjadi pelanggan pertama.

Saya masih menunggu ia direalisasikan.

Baca: di sini

Hangat pula topik ini. Jadi saya ambil kesempatan promote buku terbaru saya Bijak Merancang Wang #BukuBMW

Ketik BukuBMW utk buat pra tempahan buku Bijak Merancang Wang yang mempunyai 320 halaman berwarna. Bagi 1,000 pertama akan dapat sekali rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang 2020 yang baru dijalankan bulan lepas.

Video fresh dari ladang, dengan durasi 5 jam non-stop, secara PERCUMA bagi setiap pembelian buku tersebut.

KOMEN | LIKE | SHARE | FOLLOW

Afyan Mat Rawi

Join t.me/AfyanIFP utk ilmu kewangan PERCUMA

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dia sengaja posting pasal saya, dengan harapan saya akan datang…