fbpx

Mahu Beli Kereta Baru?

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 416Words
  • 390Views

Nak beli kereta baru? Baca ini dulu

Tulisan di FB Tuan Hannan Shawalludin ini memberikan tips kepada mereka yang mahu membeli kereta.

Bagi fresh graduate yang baru mula berkerja, kau akan dengar ramai guru kewangan cakap yang kereta ni boleh bawak ke Neraka Wang kalau kau tak hati-hati.

Ni aku share sikit tips kalau kau nak juga beli kereta walaupun baru mula kerja. Yelah. Kadang-kadang memang kau kena banyak outstation dan travel jauh atau kampung mak ayah jauh kan, takkan nak naik motor pulak.
.

1. Harga kereta tak lebih 10% dari gaji bulanan kau. Kalau gaji kau RM 3000, so bayaran bulanan jadi RM 300 je.

Kalau rasa tak okay, boleh juga beli kereta yang harga kereta tu sama dengan 1 tahun gaji korang. Maknanya, kalau gaji RM 3,000, harga kereta yang dinasihatkan beli ialah RM 3,000 x 12 = RM 36,000.

Kau akan tanya, kereta apa ansuran bulanan RM 300? Kereta apa harga RM 36,000?

.
.

2. Beli Kereta Second Hand

Kau kena ingat satu benda. Kereta ni selagi kau jaga dia elok-elok, dia takkan jahanam camtu je melainkan dah pernah eksiden.

Ramai orang tak nak beli kereta second hand sebab takut rosak. Tapi betul ke?

Kalau takut nak beli kereta second hand sebab nanti rosak, ada dua perkara yang boleh redakan hati kau sebagai pembeli.

Satu, cari pomen yang tolong korang check kereta sebelum korang nak beli. Minta dia checkkan enjin, tayar, breakdisk, minyak hitam dan sebagainya. Yang paling penting, minta dia tengokkan kalau ada pernah kemalangan

Dua, pastikan korang ambil tahu waranty yang ada masa beli kereta second ni. Selalunya, enjin, gearbox dan part-part penting kereta ada waranty dari kedai kereta.
.
.
3. Buat bajet untuk maintenance kereta

Yang ni memang ramai tak buat. Selalu fikir seronok je nak bawak kereta. Kalau serius nak beli kereta, kena ada juga bajet untuk maintenance kereta macam tukar minyak hitam , air filter, disk break, tayar dan lain-lain.

Lepas tu jangan lupa juga bajet untuk petrol, tol, parking kereta dan setahun sekali kena bayar roadtax dan takaful kereta.

.
.
Kalau korang follow je 3 steps atas ni pun dah okay untuk beli kereta.

P/S : Masa aku bujang, aku pakai motor lama ayah aku je bawak pergi kerja. Bulan-bulan aku kasi la dia duit sewa motor. Huhu. Nak cerita, kalau tak perlu, bawak motor je pun okay dah. Duit yang kau ada tu simpan beli kereta lepas kahwin.

Hannan Shawalludin
Perunding,
INFAQ Consultancy

Plan your wealth, change your life.

#sembangkewangan #urusduit #millionairemind #muhasabahdiri#takafulikhlas #takaful #rancangkewangan #celikkewangan #infaq#infaqconsultancy #afyanmatrawi #afyan

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Training mingguan INFAQ Consultancy adalah merupakan aktiviti rutin setiap hari…