fbpx

Masih Banyak Lagi Hartanah Sekitar KL

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 428Words
  • 264Views

Abaikan iklan KFC dalam gambar ini. Saya baru screenshot dari website Mudah.my, dengan pilihan:

Perkara: Hartanah hendak dijual
Lokasi: Kuala Lumpur sahaja
Harga: RM300,000 dan ke bawah
Jenis: Apartment / Flat

Saya sengaja screnshot menggunakan desktop view supaya keluar info yang lebih detail seperti keluasan, bilik dan bilik air.

Banyak je hartanah hendak dijual bawah harga RM300,000.

Ini baru di Kuala Lumpur sahaja, yang orang kata harga rumah mahal. Ini baru halaman pertama daripada 99 halaman. Ia disusun mengikut tarikh diiklankan yang terkini.

Ada 3960 unit dalam kategori apartment / flat bawah RM300,000 hendak dijual di Kuala Lumpur! Jika bawah harga RM200,000, masih ada 1529 unit.

Tapi jangan la expect rumah harga begini dapat banglo 2 tingkat dengan kolam renang dalam bilik.

Ukur baju di badan sendiri. Kalau rumah bawah harga RM300,000 ini, kebiasaannya ansuran dengan harga sewa adalah lebih kurang sama.

Majoriti dijual di bawah harga pasaran. Hendak beli rumah sebegini, WAJIB sediakan wang simpanan bersamaan 10% daripada harga rumah, walaupun ia dibeli di bawah harga pasaran 10%.

Jika nak beli rumah yang berharga RM200,000, sediakan simpanan RM20,000 sebaiknya.

Jika simpan RM300 sebulan, ia ambil masa sekitar 5 ke 6 tahun lebih sahaja. Kalau bermula dengan gaji RM1,500 sahaja, simpan RM300 sebulan itu bersamaan 20% gaji jika betul-betul berhasrat untuk beli rumah. Simpan di Tabung Haji atau ASB supaya duit tersebut beranak-pinak.

Dalam masa 5 ke 6 tahun tersebut, lakukan 2 perkara ini

1. Tambah ilmu pengetahuan kewangan.

2. Lakukan juga kerja part time lain untuk menampung kos sara hidup dan membuat simpanan tambahan bagi tujuan lain.

InsyaAllah selepas 5, 6 tahun dapat memiliki sebuah rumah yang dijual di bawah harga pasaran. Kalau ikutkan selain deposit perlu juga ada 5% tambahan lain untuk kos-kos lain seperti SNP, legal fees dan sebagainya.

Jangan harap harga rumah makin turun. Tapi kita ada pilihan untuk beli rumah di bawah harga pasaran.

Sebenarnya, tanpa beli rumah kita masih boleh menyewa. Keperluan utama adalah tempat tinggal, bukan memiliki rumah. Cinta tak semestinya memiliki, Eh?

—-

Boleh tambah ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang#BukuBMW

Dalam modul I.N.F.A.Q ada 7 modul kewangan yang dikupas, iaitu

1. Aliran Tunai

2. Aset dan hutang

3. Simpanan

4. Perlindungan

5. Pelaburan

6. Penyucian

7. Pewarisan

Boleh dapatkan buku Bijak Merancang Wang di BukuBMW setebal 320 muka surat halaman warna.

Ia adalah naskhah UPGRADE edisi ebook yang diterbitkan ketika PKP lepas, yang hanya mengandungi 150±± berbanding edisi fizikal kali ini 320 halaman berwarna dgn 100% layout berbeza.

Siapa yang dapatkan buku ini akan terima juga hadiah:

1. Buku digital PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!

2. Rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang dengan durasi 5 jam non-stop.

Ketik BukuBMW

Ketik BukuBMW

Ketik BukuBMW

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hampir semua pelan takaful individual mana-mana syarikat takaful ada fungsi…