fbpx

“Masih Bayar Dividen” Bukan Bermaksud Syarikat Itu Bukan Skim Sontot

  • 7 years ago
  • 1Minute
  • 129Words
  • 290Views

Tahukah anda, Mecca Fund telah wujud sejak tahun 2013 sebelum dimasukkan ke dalam watchlist BNM pada tahun 2014 dan akhirnya tersontot pada tahun 2016?

Pengalaman saya melawan skim-skim sontot, kitaran mereka sama selalunya boleh sampai 3 ke 5 tahun, bergantung kepada ketahanan mereka.

Jadi untuk skim-skim yang masih wujud sekarang dan masih membayar dividen / profit / mudhabarah – bukan rasional untuk menunjukkan ia skim yang sah / legal / bukan skim cepat kaya.

Skim cepat kaya tidak akan mengaku ia skim cepat kaya.

Ia akan terus membayar dividen / keuntungan selagi mana ia belum sampai kemuncaknya.

Jika kita lihat kitarannya, skim-skim sebegini hanya mengitar duit ahli baru untuk bayar ahli yang lama.

Sampai satu tahap ia akan collapse / lumpuh / tersontot apabila kemasukan ahli baru tidak mampu menampung pembayaran ahli lama.

Tatkala itulah, ia akan tersotot di pintu shorga!

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pagi-pagi ini terima tag bertalu-talu pada status link berita tentang…