Medical Card Impian Orang Kita

Tergelak besar saya melihat kartun ini. (gambar dibawah)

Ia dari Page Takaful Awareness Through Cartoon. Boleh follow page tersebut untuk lagi perkongsian menarik tentang takaful melalui kartun.

Sungguh makan dalam.

Kalau tak sentap juga tak tahu nak kata.

Teringat saya tulisan lama saya bertajuk “Medical Card Impian Orang Kita” lihat disini.

 

Medical card impian orang Melayu;

  1. Bayar nak sikit, cover nak banyak. Kalau dapat subsidi kerajaan lagi bagus. Free sangat dialu-alukan
  2. Kalau tak berlaku apa-apa, dapat duit balik semua yang dicarum sekali dengan keuntungan pelaburan
  3. Boleh claim semua jenis penyakit termasuk kes bersalin.
  4. Kalau tak bayar pun masih boleh cover
  5. Ejen boleh tolong bayaran kalau tak mampu nak bayar
  6. Kalau masuk hospital hari ini, semalam dah boleh claim
  7. Ejen sentiasa di sisi, setiap hari, setiap masa, setiap ketika.
  8. Setiap tahun dapat kalender, hadiah hari jadi, kad raya…
  9. Sakit pun boleh apply
  10. Apply hari ini, semalam boleh guna
  11. Caruman menurun setiap bulan
  12. Bayar sekali, cover sampai anak cucu cicit 17 keturunan
  13. Komisen ejen kongsi dgn klien

Ada nak tambah lagi? Yang sesuai saya masukkan.

Mohon sentap.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com