fbpx

Medical Card Stand Alone vs Medical Card Rider

  • 2 years ago
  • 4Minutes
  • 716Words
  • 555Views

Plan medical card stand alone merujuk kepada produk medical card yang semata-mata medical card.

Manakala plan medical card rider pula merujuk kepada produk medical card yang dilanggan bersama produk asas sama ada investment link atau produk tradisional.

KELEBIHAN

Kelebihan medical card stand alone:-

  • Lebih fleksibel, kerana tidak bergantung kepada plan asas.
  • Selalunya harga lebih murah berbanding medical card rider.

Kelebihan medical card rider pula;-

  • Boleh tambah manfaat lain yang ditawarkan bersama plan asas seperti elaun hospital, waiver dll
  • Ada nilai tunai, untuk menampung kenaikan harga atau untuk menampung kekurangan bayaran / short payment.

KEKURANGAN

Kekurangan medical card stand alone;-

  • Tiada nilai tunai langsung, jadi pembayaran perlu tepat masa supaya polisi tidak lapse.
  • Tidak boleh ditambah manfaat tambahan seperti waiver atau manfaat payor yakni, bayaran polisi tidak perlu dibayar sekiranya ditimpa penyakit kritikal atau pembayar meninggal dunia atau sakit kritikal.

Kekurangan medical card rider;-

  • Selalunya harga lebih tinggi berbanding medical card stand alone kerana ada peruntukan untuk nilai tunai / cash value.
  • Perlu melanggan dan membayar untuk polisi asas sekalipun pelanggan tidak perlukannya.

FAQ

Q – Mana yang bagus ek?
A – Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Q – Alamak saya dah ambil medical card rider / stand alone yang ada kelemahan di atas. Apa nak buat ek?

A – Setiap kekurangan ada cara untuk atasinya.

Contoh medical card stand alone tidak ada nilai tunai dan perlu bayar tepat masa untuk pastikan polisi berjalan, cara atasinya ialah bayar advance. Boleh bayar advance 3 bulan, 6 bulan bergantung berapa bajet kita. Memandangkan ia selalunya lebih murah, maka ia praktikal.

Sama juga kekurangan medical card rider yang harganya lebih tinggi, sebenarnya ada juga medical card rider yang harganya sama sahaja dengan medical card stand alone tapi manfaat lebih tinggi.

Atau kelemahan medical card stand alone yang tak boleh attach manfaat lain. Apa susah? Langgan polisi baru yang boleh cover manfaat yang diingini. Manfaat waiver boleh digantikan dengan manfaat sakit kritikal. Manfaat payor boleh digantikan dengan polisi income protection.

Q – Betul ke medical card rider takkan naik harga?

A – Siapa cakap tu? Saya nak sign up terus. Tak pernah lagi saya jumpa medical card yang takkan naik harga sampai bila-bila.

Q – Kenapa Tuan tak cadangkan pilih salah satu sahaja antara kedua-duanya?

A – Apabila melanggan medical card, jenis medical card sama ada rider atau pun stand alone tidak berapa penting. Masuk hospital nanti, doktor atau staf kaunter hospital tak tanya pun “Medical card Encik stand alone ke rider?”.

Q – Hari tu ada ejen kata medical card rider lagi baik daripada medical card stand alone?

A – Sebab dia ejen medical card rider sahaja.

Q – Oho, begitu ke? Tapi hari tu ada ejen lain kata medical card stand alone lagi baik daripada medical card rider?

A – Sebab dia ejen medical stand alone sahaja 🙂

Q – Habis tu, apa yang penting? Bukan kerjasama kan?

A – Coverage. Coverage biar tinggi dan berbaloi dengan bayaran yang kita buat. Rule of thumb takaful: Coverage tinggi, bayaran rendah.

Q – Jadi, apa coverage yang penting?

A – Coverage limit tahunan paling penting, kemudian coverage harga bilik wad. Tengok juga coverage untuk dialisis dan kanser yang menjadi antara claim tinggi untuk medical card.

Q – Limit seumur hidup penting tak?

A – Penting, tapi belum pernah lagi saya jumpa kes pesakit tak cukup limit seumur hidup, tapi banyak kes ialah tak cukup limit tahunan. Ya, banyaaaaaaaaaaak sangat.

Q – Ginilah, saya nak langgan apa yang Tuan langgan. Stand alone ke rider?

A – Saya laggan kedua-duanya. Amacam? Ada berani?

Q – OK, ok, saya nak sign up sekarang juga! Macamana?

A – PM tepi la. Benda boleh bincang.

Ada soalan lagi?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Untuk memudahkan kami membantu Tuan/Cik Puan memiliki plan takaful ini, Mohon Tuan/Cik Puan isi maklumat dibawah:

 

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apabila anda melanggan takaful (life atau medical card) dan kemudiannya…