fbpx

Melabur Umpama Menanam Pokok

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 330Words
  • 392Views

Melabur umpama menanam pokok.

Hari ini kita tanam, bukan kita dapat buahnya esok, bukan minggu depan, bukan bulan depan.

Setahun pun belum tentu. Bergantung kepada jenis pokok, 3 ke 5 tahun. Mungkin cecah juga 10 ke 20 tahun.

Sepanjang tempoh itu, kita perlu menanam, menggemburkan tanah, menyiram, menambah baja, meracun serangga perosak, mencantas ranting, perlu tebas semak samun, dan sebagainya.

Selepas tempoh tertentu, barulah kita boleh dapat hasilnya.

Orang yg tak sabar, takkan dapat hasil buah-buahan yang masak ranum.

Selepas buah yg masak ranum dipetik, kita boleh makan sendiri atau jual dan boleh juga jadikan benih utk pokok baru.

Begitu juga dalam pelaburan.

Ada tempoh bagi setiap pelaburan. Bukan sehari dua, seminggu atau sebulan. Setahun pun belum tentu.

Jika ada yg janjikan sebegitu rupa, 99% adalah scam.

Dalam tempoh tersebut, banyak perkara yang perlu kita lakukan.

Perlu buat monitoring, mungkin perlu tambah modal baru, mungkin perlu cut-loss, perlu switching, perlu withdraw dan sebagainya.

Bukan main “letak” dan “biar” sahaja.

Kalau buat begitu, alamatnya pelaburan kita akan “menghasilkan” semak samun. Tanah pokok durian, yang tumbuh lalang.

Sebab itu dalam mana-mana pelaburan, hanya sedikit pelabur yang betul-betul buat untung.

Termasuk pelaburan yang paling mudah, unit trust.

Labur dalam unit trust, serah 100% kepada ejen.

Lepas 2-3 tahun tengok return tak seberapa, mengamuk salahkan ejen, salahkan kompeni unit trust.

Tapi apabila tanya nama dana pun tak boleh nak jawab dengan tepat. Malah ada yang dah melabur lebih 3 tahun pun, apabila ditanya berapa return tahun lepas pun tak tahu.

Melabur unit trust, tapi tak tahu nama dana semacam beli hartanah utk pelaburan tapi tak tahu alamat rumahnya di mana.

Malah ada pelabur yang hanya boleh jawab;

“Saya tahu berapa untung tahun lepas, tapi ejen saya kata untung”. Apabila disemak, tak sampai 6% annulize return.

Sebab itulah tidak menghairankan apabila CEO KW5Psendiri pernah berkata bahawa hanya 20% pelabur yang menggunakan akaun 1 mendapat pulangan melebihi pulangan KW5P.

Nota: Ada cara mudah utk melabur dan monitor pelaburan unit trust anda, melalui https://tinyurl.com/e-unittrust. Daftar percuma

Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Masihkah kau ingat? Setahun yg lalu, akhbar The Star membuat…