fbpx

Melanggan Takaful / Insurans Untuk Simpanan Adalah Pendekatan Yang Malas

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 500Words
  • 669Views

Dalam satu artikel yang bertajuk “5 Common Reasons Why The Malaysian Middle Class Can’t Achieve Financial Freedom” (5 Sebab Golongan Pertengahan Gagal Mencapai Kebebasan Kewangan” yang disiarkan di website imoney.my memberikan salah satu sebabnya ialah menggunakan instrumen takaful (insurans) sebagai alat untuk simpanan.

Ia menyebut;
 
….“Some people buy insurance for savings, such as for retirement, children’s tertiary education, which is not the exactly the right financial decision because insurance is not the type of investment that generates good returns. This is a lazy approach.”….
 
Terjemahan;
 
“Sesetengah orang melanggan insurans untuk simpanan, seperti persaraan, dana pendidikan, yang mana ia bukan cara yang betul dalam membuat keputusan kewangan kerana insurans bukan jenis pelaburan yang mampu menjana pulangan yang bagus. INI ADALAH PENDEKATAN YANG MALAS”
 
Saya ulangi “PENDEKATAN YANG MALAS!!!”.
 
Rujuk tulisan penuh di 5 Common Reasons Why The Malaysian Middle Class Can’t Achieve Financial Freedom “Menyimpan” dan “melabur” menggunakan produk insurans / takaful sememangnya tidak pernah diajar oleh mana-mana guru kewangan tempatan mahupun antarabangsa.
 
Yang ajar cara begitu ialah ejen.
 
Boleh rujuk buku-buku tulisan Robert Kiyosaki, T Harv Eker, Donald Trump (Hoho!) tentang kewangan – mereka tidak sekali-kali gunakan instrumen insurans sebagai alat untukpelaburan, mengumpul aset dan simpanan.
 
Sebab apa dikatakan begitu? Sebab fungsi utama takaful adalah untuk perlindungan kewangan.
 
Ia adalah alat untuk mencipta aset segera apabila berlaku musibah dalam kehidupan seperti kematian, kemalangan, lumpuh, sakit kritikal dan masuk hospital.
 
Contoh-contoh produk takaful yang ada dalam pasaran yang seumpama ini ialah takaful untuk persaraan, takaful untuk dana pendidikan anak, takaful untuk dana menunaikan haji, takaful boleh keluar duit 3 tahun sekali, takaful bayar 10 tahun untuk coverage 20-30 tahun dan sebagainya.
 
Takaful ialah produk institusi kewangan, yang dicipta oleh organisasi bisnes dan sudah tentu untuk keuntungan pengeluar produk.
 
Ia sama dengan produk-produk kewangan yang ada di muka bumi seperti kad kredit, pembiayaan peribadi, pembiayaan kereta, pembiayaan ASB dan sebagainya. Bukan semua sesuai untuk kita.
 
Ada yang merana disebabkan produk-produk bank seperti kad kredit dan pembiayaan peribadi yang menjadi punca utama bankrapsi.
 
Ia bukan salah produk, tapi salah pengguna yang tidak menggunakan produk dengan betul. Sama seperti produk takaful / insurans, fungsi utama ialah untuk perlindungan.
 
Jika ingin melabur, ada banyak instrumen kewangan yang ada dalam pasaran seperti unit amanah, hartanah, emas, saham, pembiayaan ASB dan lain-lain. Pilih produk yang betul untuk tujuan yang betul.
 
Jika tidak hanya menguntungkan satu pihak sahaja.
 
Untuk memudahkan kami membantu Tuan/Cik Puan memiliki plan takaful ini, mohon Tuan/Cik Puan isi maklumat dibawah:

Berminat untuk mengetahui tentang perkara ini? Sila isi borang di bawah.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended