fbpx

Melawan sistem atau menjatuhkan institusi: Kritikan terhadap gerakan anti-hutang

  • 11 months ago
  • 2Minutes
  • 244Words
  • 111Views

Kan bagus kalau page admin page Bebas Hutang ,Cikgu June pegang kata-kata gurunya “Berdiamlah, Jangan Kamu Melawan Semula” sejak daripada awal sebelum nak melawan.

Ini tidak. Dia yang nak melawan sistem, tapi dia yang koyak apabila orang lain lawan balik apa yang dilawan.

Nak lawan sistem, silakan. Tapi tak perlu sampai menimbulkan fitnah terhadap perbankan Islam.

Dia yang timbulkan masalah, tapi apabila ditegur, tak dapat terima teguran tersebut, dan mula petik butang agama.

Dia kata khilaf, tapi apabila minta tunjuk fatwa mana yang khilaf, surah orang lain “gi tadah kitab”. Beritahu la kitab apa yang dia rujuk? Tunjukkan apa kata kitab tu berkenaan perbankan Islam yang dikatakan khilaf?

Last-last apabila gagal dalam berhujah, mula blok orang lain dan petik pula kata-kata guru kononnya tak perlu melawan.

Eh, bukan ke dia yang nak melawan untuk keluar sistem daripada awal?

Berani kerana benar, blok kerana salah.

Takkan baru kena teguran sebegini rupa dah mengalah dalam perjuangan melawan sistem yang dikatakan riba dan kapitalis termasuk perbankan Islam?

Memandangkan dia dah nak tutup kes dan move on, sedikit pesanan saya kepada Cikgu June:

Kalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan.

Kalau nak berjuang mengajak orang elak dari bebanan hutang, silakan dan saya akan menyokong 10000%.

Tapi kalau dalam perjuangan tersebut diselitkan tuduhan fitnah terhadap perbankan Islam, saya akan tampil untuk betulkan.

Oh ya Cikgu June, saya tidak pernah menyokong gerakan New Age Movement sebagaimana yang Cikgu fitnah.

Settle. Selesai.

Move on.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
AKU, PTPTN DAN... Ternampak posting PTPN ini, terimbau pengalaman beberapa…