fbpx

Mencapai Bebas Hutang

  • 4 years ago
  • 5Minutes
  • 906Words
  • 354Views

Menarik perkongsian Tuan Peguam ini menulis pengalaman beliau mencapai BEBAS HUTANG.

Tabiat bermula dari zaman belajar, tak bergantung kpd duit ibu bapa. Saya kenal beliau dari zaman belajar, kerkpa beliau sebagai Presiden Laws’ Students Society dan Setiusaha Agung Students’ Representative Council di UIAM.

Lepas grad beliau ada simpanan RM1,000 dan baru sahaja habiskan hutang sebulan sebelum MCO. Hanya 7 tahun beliau habiskan hutang rumahnya.

Tq Tuan Salkukhairi Abd Sukor atas rekomendasi ini.

Saya bukanlah perunding kewangan yang hebat untuk memberi nasihat tentang perancangan kewangan anda. Tetapi alhamdulillah saya amat peka tentang pengurusan dan perancangan kewangan saya sejak zaman universiti lagi.

Saya bukanlah pelabur hartanah yang memiliki puluhan buah rumah untuk memberi nasihat tentang pelaburan hartanah yang terbaik untuk anda. Tetapi alhamdulillah adalah sebuah dua rumah untuk tempat berlindung bersama isteri dan anak-anak.

Saya bukanlah seorang bisnesman yang berjaya, malah jauh sekali berstatus jutawan. Tetapi alhamdulillah bolehlah survive setakat ini untuk menyara keluarga dan menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat.

Saya hanyalah seorang peguam hartanah cabuk yang hidup sederhana. Tidak punya kereta mewah, rumah mewah, pejabat mewah dan tidak mampu pergi bercuti mewah keluar negara seperti kebanyakan orang.

Tetapi saya bersyukur dengan kehidupan yang serba sederhana ini. Walaupun serba sederhana tetapi saya tidak pernah menghadapi hutang yang tertunggak dengan bank, tidak pernah pening kepala memikirkan macam mana nak bayar hutang bank tiap-tiap bulan, tidak pernah rasa runsing macamana nak tanggung makan minum dan pelajaran anak-anak yang seramai 8 orang ini, masih mampu memberi wang belanja bulanan kepada ibu bapa dan masih mampu membantu mana-mana pihak yang memerlukan dengan seadanya. Alhamdulillah semuanya ditakdirkan teratur sahaja oleh Allah Taala.

Sejak dari zaman universiti lagi saya telah mengatur pengurusan kewangan saya dengan teliti. Tatkala students lain memiliki motosikal dan kereta, saya selesa berjalan kaki dan naik bas atau LRT sahaja untuk ke mana mana.

Tatkala students lain berbelanja sakan dengan wang pinjaman pelajaran mereka, saya lebih senang menyimpan sebahagian wang pinjaman pelajaran tersebut dalam bank. Saya tidak pernah mintak wang belanja dengan mak ayah saya. Apa yang mereka beri itulah yang saya gunakan untuk tampung kehidupan saya di universiti. Saya ada buat bisnes kecil kecilan fotostat buku dan dijual kepada students lain. Wang-wang tersebut sebahagiannya saya gunakan untuk tampung pengajian saya dan sebahagiannya disimpan dalam bank.

Dan alhamdulillah berkat pengurusan kewangan yang saya lakukan, apabila saya tamat sahaja pengajian di universiti saya berjaya mengumpul wang sebanyak RM15,000.00 dalam akaun saya.

Selepas habis chambering saya mendirikan rumah tangga. Saya gunakan sebahagian wang simpanan saya untuk tujuan hantaran perkahwinan dan perbelanjaan kenduri kawin. Alhamdulillah saya tak minta walau satu sen pun duit mak ayah saya untuk urusan perkahwinan saya. Semuanya hasil daripada simpanan saya tersebut. Selebihnya saya gunakan untuk keperluan perbelanjaan selepas berumahtangga.

Selepas berkahwin saya tidak terus beli kereta. Saya beli motosikal secondhand daripada seorang kenalan masa di universiti dulu. Motosikal itulah saya gunakan untuk ke mana-mana bersama isteri saya.

gambar sekadar hiasan

Saya masih ingat lagi semasa baru kahwin, dengan motosikal buruk itulah saya pergi ke kedai perabot untuk beli perabot rumah. Tetapi saya dilayan endah tak endah sahaja oleh tukang kedai tersebut. Minta kurang satu sen pun tidak diberinya. Semuanya sebab saya dilihat tiada wang kerana hanya pakai motosikal kapcai sahaja. Tetapi tak mengapa, tidak mampu beli perabot mahal dan baru, saya dan isteri hanya beli perabot murah dan second hand sahaja. Cukuplah sekadar mana yang perlu sahaja.

Saya juga tidak terus beli rumah selepas berkahwin. Saya menyewa di rumah teres sederhana. Tetapi alhamdulillah sewa bulanan saya tidak pernah miss. Cukup bulan saya akan bank in bayaran sewaan dalam akaun bank tuan rumah sebelum tuan rumah minta sewa.

Selepas isteri mengandung anak pertama, barulah saya beli kereta pertama saya. Kereta proton saga earoback. Harga tidak sampaipun RM40K. Walaupun nafsu terfikir juga nak pakai kereta yang lagi hebat seperti Honda dan Toyota, maklumlah masa tu baru kerja peguam, nampak macam kerja hebatlah kononnya, tetapi saya pendamkan sahaja keinginan tersebut.

Selepas dapat anak pertama barulah saya beli rumah teres harga RM120K sahaja. Itulah yang saya mampu ketika itu. Tetapi alhamdulillah berkat pengurusan kewangan yang betul dan disiplin menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diperolehi, dalam masa 7 tahun saya dapat selesaikan keseluruhan hutang rumah tersebut dengan bank.

Dan alhamdulillah bukan hutang rumah sahaja yang telah selesai, hutang kereta atas nama saya pun semuanya telah selesai. Yang terakhir betul-betul sebulan sebelum PKP tempohari.

Alhamdulillah. Kini saya bebas hutang. Tidak lagi pening kepala memikirkan hutang. Kenapa saya mampu selesaikan hutang tersebut dengan baik dan cepat? Ya..jawapannya kerana saya mampu uruskan kewangan saya dengan baik.

Begitulah serba sedikit kisah perancangan kewangan saya. Saya lakukan ia dengan penuh disiplin. Tiada guru pun yang membimbing saya ketika itu. Saya yakin kalau saya dibimbing oleh seorang guru kewangan yang bagus, sudah pasti pengurusan kewangan saya akan jadi lebih baik.

Kini anda bertuah kerana Tn. Afyan Mat Rawi, seorang sifu pengurusan kewangan yang hebat lagi terkenal di negara kita sudi berkongsi dengan anda tips, ilmu dan panduan yang praktikal berkenaan pengurusan kewangan yang betul melalui program E-Learning Seminar Merancang Wang atau #eSeminarBMW yang insya Allah terbukti berkesan bagi membantu anda menguruskan kewangan anda dengan baik.

Jangan jadi seperti saya tuan puan. Terpaksa struggle uruskan kewangan sendiri tanpa guru atau pembimbing. Rebutlah peluang depan mata ini untuk timba ilmu-ilmu pengurusan kewangan dengan mereka yang pakar dalam bidangnya.

Untuk maklumat lanjut tentang program tersebut silalah klik link berikut.

eSeminarBMW

Anda pasti tak kan menyesal.

Wallahuaklam.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Ikhlas Kongsi Pengalaman Kerana Allah

#eSeminarBMW
#peguamhartanahanda
#seminarmerancangwang
#KLITERASI

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Beliau antara yang menjadi pembeli terawal #eSeminarBMW ketika harganya hanya RM20. Hari…