fbpx

Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 228Words
  • 539Views

Terbaca status dari Dr Hilmi;

“Health screening
******************

Zaman sekarang ramai orang muda yang sakit jantung, tekanan darah tinggi dsb

Jadi macam mana nak tau sebelum semakin parah? Salah satunya ialah membuat pemeriksaan walaupun sebelum sakit.

Buat pemeriksaan 1-2 tahun sekali seperti tekanan darah, gula, kolesterol dan ujian darah.. Monitor berat badan dengan lebih kerap.

Kalau ada risiko seperti sejarah keluarga seperti sakit jantung atau stroke, mungkin buat setahun sekali..

Mula semasa umur 20an lagi..”

Nasihat yg bagus daripada doktor ini.

Kata pepatah Arab; pencegahan lebih baik dari penyembuhan.

Pemeriksaan kesihatan berkala sangat penting supaya dapat kesan penyakit di peringkat awal.

Walaupun kita mempunyai medical card, jangan abaikan pemeriksaan dan penjagaan kesihatan.

Jika dapat kesan penyakit-penyakit di peringkat awal, kos perubatan lebih rendah maka limit medical card tidak cepat habis.

Jiwa dan kehidupan juga lebih tenang. Ia bukan semata-mata tentang kos.

Saya dan keluarga melanggan plan penjagaan kesihatan dan medical card Medisavers Takaful sejak 2014 yg mempunyai;

1) Pemeriksaan kesihatan di mana-mana cawangan Pathlab

2) Medical Card tanpa limit tahunan dan tanpa limit seumur hidup, dgn bilik wad RM300 sehari dan elaun hospital RM150

Saya pernah kongsikan ia di https://afyan.com/medical-card-terbaik.html

Plan ini hanya RM155++ sebulan utk saya dan isteri dan RM90++ utk anak-anak.

Saya sukakan plan ini kerana ia bukan sekadar medical card. Ia merangkumi pencegahan melalui medical check-up dan perawatan melalui medical-card.

Mencegah lebih baik daripada mengubati.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Melabur umpama menanam pokok. Hari ini kita tanam, bukan kita…