fbpx

Mengapa Golongan Muda Ramai Yang Muflis ?

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 227Words
  • 1060Views

Tulisan sempena kedatangan 12.12

Tahukah anda, majoriti golongan yang diisytiharkan muflis, adalah dari kalangan orang muda? Baca laporan di bawah:

60‰ golongan muflis adakah daripada golongan muda.

1. 49% orang muda muflis berpunca daripada hutang kereta dan hutang peribadi.

2. Majoriti golongan muda yang muflis itu berpunca daripada hutang utk kepuasan peribadi, bukan utk pelaburan atau membina kekayaan.

3. Punca utama muflis adakah disebabkan tabiat berbelanja melebihi pendapatan.

4. Dari tahun 2012 ke 2018, muflis disebabkan pinjaman peribadi mencatat peningkatan 104%.

5. Manakala muflis disebabkan hutang kad kredit mencatat peningkatan 43%.

6. 32% pelanggan AKPK yg berpendapatan bawah RM5,000, membuat pinjaman peribadi untuk barangan kehendak.

7. Malah, ada yang membuat pinjaman peribadi untuk belanja barangan kehendak, dua kali ganda melebihi keperluan.

8. 25% isi rumah di Kuala Lumpur memperoleh gaji bulanan kurang daripada anggaran paras kehidupan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

9. Paras kehidupan di KL dan bandar-bandar besar yang ditetapkan oleh BNM itu ialah RM2,700 bagi individu tidak berkahwin, RM4,500 bagi pasangan tanpa anak dan RM6,500 bagi pasangan dengan dua anak.

10. Individu dan isi rumah yg berpendapatan rendah lebih cenderung utk mengambil pinjaman peribadi & kad kredit.

11. Kebiasaan daripada rakyat Malaysia memiliki lebih dari 1 kad kredit, dan ia menyebabkan perbelanjaan melebihi kemampuan.

12. Semua di atas adalah #nerakawang

 

Semua di atas adalah laporan kajian Pantauan Ekonomi Malaysia Disember 2019 yang diterbitkan Bank Dunia, yang dipetik dari Berita Harian. Kecuali yang terakhir.           

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Azlan Azizan BAGAIMANA MENDAPATKAN PERLEPASAN RM 10,000…