fbpx

Mengungkap realiti perbankan Islam dan pengkritiknya

  • 2Minutes
  • 293Words
  • 52Views

– Saya ditag oleh beberapa orang netizen pada satu posting yang mengatakan perbankan Islam haram dan riba.

– Lalu saya memberi komentar dan menawarkan diri untuk mengadakan sesi live berhubung topik tersebut. Ia bukan sesi debat. Ia sesi diskusi sebagaimana yang banyak kali saya anjurkan atas pelbagai topik.

– Seperti biasa, alasan yang diberikan bahawa saya sudah pun mengadakan diskusi topik seumpama itu dengan Dato Manap, bekas CEO Bank Muamalat.

DISKUSI DENGAN DATO MANAP: BEHIND THE SCENE

– Saya anjurkan program diskusi tersebut beberapa tahun lepas. Lebih tepat pada 17 Februari 2022.

– Ketika ia diumumkan, ramai yang terperanjat dan mempersoalkan mengapa saya anjurkan topik berkenaan, baik daripada yang pro-perbankan Islam dan anti-perbankan Islam.

– Dato Manap memang dikenali sebagai individu yang banyak mengkritik operasi perbankan Islam dan dijadikan hujah oleh kumpulan yang menolak perbankan Islam untuk mengatakan ia riba dan haram.

– Ketika saya berhubung dengan wakil Dato Manap, tajuk yang dicadangkan ialah “Perbankan Islam Haram dan Riba” tapi wakil panel meminta utk ubah ke tajuk lain; Perbankan Islam Membawa Kemudaratan Kepada Rakyat?

– Sepanjang sesi live tersebut, tidak ada sepatah pun Dato Manap mengatakan perbankan Islam haram dan riba, walaupun berkali-kali diajukan soalan.

– Jadi kesimpulan saya, beliau bulanlah antk

DATO MANAP PUN MEMPUNYAI SYARIKAT YANG MENAWARKAN SERVIS PEMBIAYAAN

– Ramai kalangan bangsa anti bank Islam galak gunakan namakan Dato Manap dan tidak tahu fakta ini.

– Dato Manap mempunyai syarikat yg menawarkan pembiayaan yg mengikut standard Syariah Advisor Council (SAC) Bank Negara Malaysia.

– Nama syarikat tersebut ialah Limra Assets dan beliau sebagai Presiden dan Pengurus Besar syarikat berkenaan.

– Syarikat tersebut juga empunya penasihat-penasihat syariah yang juga berkhidmat di bank-bank Islam di Malaysia.

JADI, APA LAGI HUJAH BANGSA ANTI BANK ISLAM UNTUK MENGHARAMKAN PERBANKAN ISLAM?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jika nak kritik, nak berbeza pendapat, silakan. Tak ada masalah.…