fbpx

Mesej Teguran Kepada Ustaz Yang Tersilap Memberi Penerangan Tentang Perbezaan Takaful dan Insurans Konvensional

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 371Words
  • 698Views

Seorang rakan berkongsi kepada sebuah video seorang ustaz memberi penerangan berkenaan perbezaan takaful dan insurans konvensional.

Selepas menontonnya, saya menggelengkan kepala kerana ia adalah salah sama sekali.

Sebelum ini beliau pernah keluarkan beberapa kenytaan yang agak kontraversi dalam perkara agama dan ditegur oleh beberapa ilmuan lain.

Saya hanya perhatikan sahaja daripada jauh, biarlah meraka yang berada dalam bidangnya yang memberi pandangan dan berbahas.

Namun apabila beliau kongsikan perbezaan antara takaful dengan insurans konvensional secara tidak betul dan salah sama sekali, maka saya terpanggil untuk memberi respon.

Ilmu ini adalah ilmu basic dan fatal bagi seorang ejen takaful, yang saya pelajari secara tuntas sejak tahun pertama saya terlibat dalam industri ini, kira-kira 18 tahun yang lampau.

Tanpa perlu mendedahkan nama beliau, saya kongsikan mesej yang saya hantar tadi dan semoga ia sampai kepada beliau dan bermanfaat kepada semua.

“Assalamualaikum Ustaz XXXXXXXX yang dihormati,
Saya Afyan, seorang perunding takaful daripada Gombak.

Saya baru sahaja menonton video ustaz berkenaan insurans dan takaful yang berdurasi 2:07 minit.

Dalam video tersebut Ustaz mengatakan bahawa perbezaan takaful berbanding insurans ialah syarikat takaful wajib bayar balik wang caruman jika tidak berlaku apa-apa.

Contoh yang Ustaz berikan, RM50 sebulan untuk pampasan RM30,000 selama 10 tahun – jika tidak berlaku apa-apa sepanjang tempoh tersebut, wang caruman dengan total RM50 X 12 bulan X 10 tahun = RM6,000 wajib dibayar balik. Jika tidak bayar balik, takaful boleh jadi haram kerana mengambil hak orang lain.

Sebagai konsultan takaful yang dilatih secara khusus tentang hukum hakam dan perbezaan insurans konvensional dgn takaful, info tersebut adalah tidak betul.

Perbezaan insurans dan takaful adalah pada aqad atau kontraknya. Kontrak insurans adalah fasad kerana menggunakan muamalat jual beli yg tidak sempurna wujud unsur riba, gharar dan maisir.

Manakala kontrak takaful menggunakan muamalat tabarruk yang membezakan ia dengan insurans konvensional yang bebas daripada sebarang unsur riba, gharar dan maisir tadi.

Ustaz boleh rujuk laman web E-Muamalat di sini.

Ustaz juga boleh rujuk ustaz-ustaz lain dalam bidang muamalat.

Jadi, besar harapan saya agar Ustaz dapat betulkan kenyataan tersebut agar ia tidak menjadi salah faham di kalangan umat Islam di Malaysia.

Wassalam.”

Nota: Ramai yg triggerd pada tulisan “You both follow uaioriginal”. Ia bermaksud saya dan Ustaz berkenaan follow UAI. Bukannya Ustaz berkenaan adalah UAI.

Harap mak long 😁

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
https://www.facebook.com/munyatiawanis.mohdhatta/posts/5073933332634781 Takaful bukan dinilai dengan wang ringgit tetapi nilainya ada…