Manipulasi MLM Sehingga Menjadi Money Game, Skim Cepat Kaya & Tidak Patuh Syariah

Ini Pandangan Saya Tentang Isu-isu Seputar MLM, Patuh Syariah, Money Game, Head Hunting…

Seminggu dua ini ramai pula yang tanya saya beberapa MLM tertentu.

Ada juga leader MLM yg dtg ke ofis saya utk present dan minta pandangan saya. Tahniah kpd leader MLM yg berani dan sentiasa mencari kebenaran.

Untuk makluman, hukum MLM sudah difatwakan sebagai harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.

Jadi siapalah saya utk menyanggah fatwa seperti seorang pakar insurans menyanggah fatwa haramnya insurans konvensional. Saya hanya ejen cabuk sahaja.

Dan saya bukanlah pakar utk membuat penilaian, sebab saya tidak ada kepakaran utk mengaku pakar. Kan saya kata tadi, saya hanya ejen cabuk.

Ada 2 isu besar dalam isu MLM

1. Isu Patuh Syariah.

2. Isu Money Game, Head Hunting, Scam, Skim Cepat Kaya

Kita pergi satu persatu.

1. ISU PATUH SYARIAH

Jika ikut garis panduan JAKIM, syarikat MLM yg hendak dapat status patuh syariah, perlu ada penasihat syariah.

Syarikat tiada pematuhan / penasihat syariah, berbeza dengan “tidak patuh syariah”.

Tiada pematuhan / penasihat syariah bermaksud syarikat itu tidak disemak dan diaudit oleh penasihat syariah. Mungkin patuh syariah, mungkin tidak patuh syariah.

Tidak patuh syariah bermaksud haram. Tiada penasihat syariah pula tidak bermaksud haram. Makcik nasi lemak berniaga pun tiada penasihat syariah

Dua situasi berbeza.

Contoh: Takaful IKHLAS, ada penasihat syariah.

MCIS tiada penasihat syariah dan tidak patuh syariah

Jika MLM, tidaklah secara automatik menjadi tidak patuh syariah.

Sebab ada juga syarikat MLM yang patuh syariah dan ada penasihat syariah.

Antaranya MLM Storm Reader (penasihatnya Dr Zaharuddin Abd Rahman), MLM Score A (penasihatnya Dr Engku Fadhil), Ana Edar (penasihatnya Ust Ismail Kamus), dan HPA (penasihatnya Ust Zaharuddin Muhammad).

Saya minum kopi Radix keluaran dari Sykt MLM HPA, guna Water Filter dari Sykt MLM ELKEN, belikan anak saya portal e learning dari Sykt MLM Score A.

Kalau MLM secara automatik ialah haram, maknanya banyak produk MLM dalam rumah saya ni haram.

Oh ya, satu lagi saya minum susu kambing Sykt MLM Hi-Goat dan guna medical card dalam program health cMedisavers are yang dipasarkan secara “MLM”.

Sebagaimana yang disebutkan di awal tulisan tadi, di Malaysia, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan MLM adalah harus.

2. ISU MONEY GAME & HEAD HUNTING

Byk MLM yang ok dan banyak juga MLM yang tak ok serta money game

Sebenarnya, semua syarikat MLM berisiko menjadi skim piramid / skim cepat kaya / scam / head-hunting / money game apabila wujud leader-leader yang tidak bertanggungjawab memanipulasi MLM.

Caranya ialah mereka hanya fokus kpd networking semata-mata tanpa fokus produk. Hatta syarikat yg ada penasihat syariah pun boleh menjadi money game apabila ada kumpulan / leader yg fokus kpd head hunting.

Malah, binsess insurans, takaful dan unit trust pun boleh jadi skim cepat kaya dan money-game apabila ada leader yang tidak bertanggungjawab fokus kepada aktiviti head-hunting dan mengabaikan produk.

Menyertai bisnes MLM / networking perlu banyak berwaspada dan berhati-hati. Silap langkah, ia boleh jadi skim cepat kaya.

Apatah lagi apabila wujud kumpulan yg menawarkan hibah bulan-bulan yg langsung tiada dalam plan pemasaran MLM yg diluluskan oleh KPDNKK di bawah Akta Jualan Langsung.

Cara lain ialah apabila upline mengajak downline buat personal loan RM30K utk beli 20 biji penapis air. Kemudian downline tadi mengajak downline baru buat benda sama; buat personal loan RM30K utk beli 20 biji penapis air. Dan begitu berlaku pada setiap level yg akhirnya penapis air ke mana, MLM ke mana…

Akhirnya, jadilah skim piramid yg berselindung di sebalik MLM.

Penapis air boleh bertukar kpd produk-produk lain spt supplement, kopi goji, buku, e-Learning, pakej travel, health care dll utk menjadikan ia money game / head hunting / skim piramid / scam / skim cepat kaya.

BEBERAPA ISU RENTETAN:

  • Jika sesebuah sykt MLM itu ada penasihat syariah adalah lebih bagus. Untung juta-juta, boleh bagi hibah bulan-bulan, takkan tak mampu lantik dua org penasihat syariah, kan? Atau sebenarnya tidak yakin akan ada penasihat syariah yg akan lukuskan kecuali “penasihat syariah” yg menyontot dan tersontot baru-baru ini.
  • Apabila join MLM, sekadar semak sijil AJL shj tidak memadai. Banyak lagi perkara yg perlu diambil kira utk memastikan tidak terjebak ke kancah money game.
  • Jika leader anda ceritakan tentang easy money, lebih banyak cerita pasal buat duit berbanding produk – maka lari jauh-jauh.
  • Cuba lihat balik produk MLM yg dibawakan, jika ia dijual tanpa peluang buat duit – anda beli tak? Jika tak, maka sebenarnya ia hampir kpd money game.
  • – Produk MLM yg ditawarkan itu sebenarnya anda perlukan atau tidak? Anda perlu ke portal e learning utk pelajar sekolah sedangkan anda tiada anak pun? Anda perlu ke kopi goji sedangkan anda bukan peminat kopi? Anda perlu ke travel sana sini sedangkan anda setahun sekali travel pun tak pernah?

Jika tidak, mengapa anda join jika bukan sebab hendak fokus kepada cari orang? Jadi, berhati-hati sebab nanti anda tak gunakan pun produk tapi fokus kpd head hunting sahaja.

Akhir sekali, produk terperosok bawah katil. Nak jual, tak laku. Terpaksa iklankan dekat mudah.my dengan harga paling murah untuk kurangkan kerugian.

Sekian.

Ini hanya pandangan peribadi.

Wallahua’lam.

Afyan Mat Rawi,
Penulis Buku Tersontot Di Pintu Shorga

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com