fbpx

Muflis Kerana Hutang Kereta

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 349Words
  • 301Views

“Muflis Kerana Hutang Kereta” – Keratan akhbar ini dari akhbar Kosmo 15-03-2011.

Kini tahun 2014, sudah pasti angkanya tetap sama.

Perkara sama pernah kami kongsikan bulan lepas, bagaimana dengan membeli sebuah kerata, seorang graduan boleh terjerumus ke dalam kemelut kewangan.

Jika pinjaman kereta itu selama 5 tahun, maka selama 5 tahunlah seseorang graduan itu terpaksa bergelut untuk membayar kereta yang semakin lama semakin susut nilainya.

Cuba bayangkan jika 7 tahun, atau 9 tahun?

Maknanya jika, kereta dibeli ketika baru berkahwin, maknanya shingga anak sudah masuk 3 orang pun hutang kereta pun belum habis bayar, dengan anggaran seorang anak setiap 3 tahun.

Ini beberapa tip daripada kami;

 

1) BELI KERETA SECARA TUNAI.

Kereta apa boleh dapat tunai?

Caranya ialah menabung sehingga beberapa tahun dan beli kereta selepas ia bena-benar diperlukan.

Tangguhkan kepuasan.

Jika kita mampu membayar ansurans kereta sehingga RM500 sebulan, maknanya kita mampu menyimpan jumlah sama tanpa membeli kereta.

Jika menyimpan RM500 sebulan, maka setahun sudah menyimpan RM6,000 dan 3 tahun sudah mencecah RM18,000!

Jika dicampur dengan keuntungan jika dilabnurkan di pelaburan jangka pendek sekitar 5% -7% boleh mencecah RM20,000.

RM20,000 boleh beli sebuah kerea sedan terpakai.

Lagi lama kita simpan lagi besar amaunnya.

 

2) DEPOSIT TINGGI

Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran “beli kereta tanpa deposit”. Sebenarnya ia bermakna “hutang lebih banyak”.

Tip ini boleh digunakan jika membeli kereta yang agak tinggi harganya, iaitu gunakan tip no 1 utk menyimpan dan gunakan sebagai deposit.

Cuba bandingkan kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli tanpa deposit, dengan kereta yang berharga sama dengan deposit RM20,000. Bayaran bulanannya sangat berbeza, kerana ia mengurangkan keuntungan bank.

Kenapa perlu bayar lebih kepada bank? ia memang sudah banyyaaaak untung!

 

3) HARGA KERETA BERSAMAAN SETAHUN GAJI.

Ini digunakan jika tidak mahu guna kaedah pertama dan kedua.

Hendak sangat beli kereta baru, tanpa deposti.

Boleh, tapi gunakan formula di atas; HARGA KERTA = SETAHUN GAJI. Jika gaji bulanan RM2,000, maksima harga kereta yang boleh dibeli ialah RM2,000 x 12 = RM24,000.


Jangan gunakan formula bank, yakni anusran kereta bersamaan 1/3 gaji bulanan kerana formula inilah yang boleh menyebabkan kita bankrap.

[Untuk mendapatkan info-info dan tip-tip kewangan secara PERCUMA, like page kami INFAQ Consultancy and Advisory www.fb.com/INFAQ.my SEKARANG]
............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kos Sebenar Perkahwinan. Grafik dari ikahwin.my Grafik ini kami petik…