fbpx

Musibah Selepas Kematian Suami

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 647Words
  • 633Views

Saya simpati dengan apa yang berlaku.

Selepas kematian suami 6 tahun lalu, macam-macam musibah menimpa si balu.

Si balu berkongsi posting memory FB, kenangan bersama arwah suami.

 

Macam-macam berlaku dalam tempuh 6 tahun

Dalam 6 tahun ketiadaan arwah suami;

  • Kawan jadi lawan, keluarga jadi lain, sahabat jadi musibat
  • Anak-anak membesar menjadi pandai melawan apabila melihat pakcik saudara mereka yang sepatut menjadi pembela tapi tidak.
  • Ada yabg menceroboh rumah (apak setan? Tak pasti apa maksud beliau)
  • Abang kandung arwah yang dianggap abang kandung sendiri paksa anak-anak arwah sign borang yang tidak diketahui. Mungkin        borang berkaitan hak faraid
  • Beliau juga letih naik turun mahkamah dan balai polis untuk uruskan hal ehwal berkaitan faraid arwah.

Besar sungguh cabaran beliau selaku ibu tunggal untuk membesarkan anak-anak.

Cuba letakkan kedudukan beliau dalam kasut kita. Bayangkan jika itu bakal terjadi kepada kita seandainya, kita tiada kelak. Atau, bayangkan jika suami kita tiada kelak.

 

Pengajaran

Pengajaran buat para suami isteri, rancang kewangan Tuan-Puan dengan baik sedari awal perkahwinan.

Secara umumnya saya pernah kongsi artikel bertajuk “15 Step Perancangan Kewangan Suami Isteri“.

Ada beberapa point yang releven, terutama point nombor 9, 10 dan 15;

9. Langgan takaful income protection untuk suami isteri. Pastikan coverage mencukupi 10 tahun gaji. Jika langgan “loving couple policy” – jika salah seorang mati, polisi satu lagi jadi free. Kemudian baru rancang untuk medical card pula.

10. Boleh mula untuk buat perancangan pusaka dan harta sepencarian. Kita tidak tahu usia kita sampai bila, maka permudahkan urusan pasangan.

15. Perancangan pusaka, pelaburan, takaful dan lain-lain tadi perlu di”review” sekali-sekala. Supaya ia dikemaskini sentiasa. Sebaiknya 2-3 tahun secara berkala.

Sudah banyak kes-kes sebegitu yang berlaku dalam masyarakat kita.

Ketika hidup, nampak baik-baik sahaja. Tapi selepas meninggal dunia, terutama yang meninggal itu seorang suami, baru nampak wajh sebenar ipar duai dan mertua.

 

Ahli keluarga tuntut hak

Ipar duai lelaki akan menuntut hak faraid mereka, terutama bagi kes arwah yang tidak meninggalkan anak lelaki. Manakala mertua pula akan mendakwa “Yang mati tu anak aku. Aku berhak ke atas harta anak aku”.

Yang nampak baik ketika arwah masih hidup, mula naik tocang dan tumbuh tanduk selepas sebulan dua arwah dikebumikan. Masing-masing mula tuntut hak faraid mereka.

Ya, benar bahawa ipar duai mempunyai hak ke atas harta arwah suami jika dia tidak meninggalkan waris lelaki. Begitu juga, mertua juga ada hak faraid ke atas harta pusaka arwah suami.

Namun hak itu datang dengan tanggungjawab. Itulah hikmah sebenar faraid difardukan.

Bapa saudara mempunyai tanggung jawab ke atas anak-anak saudaranya yang sekarang menjadi anak yatim. Datuk dan nenek juga ada tanggungjawab ke atas cucu yang menjadi zuriat anaknya yang sudah meninggal.

Jumlah pusaka adik-beradik (jika layak) dan ibu bapa arwah, lebih besar dari amaun yang diterima oleh balu arwah. Balu arwah hanya berhak dapat 1/8 sahaja atau bersamaan 12.5%.

Namun Islam menyediakan jalan keluar sekiranya waris bersedia untuk melepaskan hak mereka untuk diberi kepada balu arwah yang hanya mendapat 1/8 daripada harta pusaka arwah.

Namun realitinya jarang berlaku sedemikian rupa.

Kes ini antara ribuan kes yang berlaku setiap hari dalam masyarakat.

Rakan-rakan peguam syarie yang membaca tulisan ini, boleh sahkan perkara ini.

Nak tak nak, kita yang masih hidup perlu ada rancangan pusaka dari sekarang.

 

Perancangan yang perlu dibuat

Rancang pusaka tak semestinya kena buat wasiat. Rancang pusaka juga bukan sekadar langgan hibah takaful. Ia lebih dari itu.

  • Rancang harta sepencarian.
  • Rancang income protection.
  • Rancang penama KWSP.
  • Rancang hibah hartanah.
  • Rancang penama takaful.
  • Rancang penama unit trust.

Dan yang paling penting kena beri ilmu kepada ahli keluarga dan waris tentang kepentingan ilmu faraid. Itu kunci utama.

Mungkin inilah yang Nabi Muhammad pernah katakan bawah ilmu faraid adalah ilmu yang pertama diangkat daripada umatnya.

Ilmu faraid bukan sekadar mengetahui cara kira hak faraid waris, ia juga merangkumi iktibar dsn hikmah di sebalik cara kiraan itu, yakni hak dan tanggungjawab.

Bak kata Pakcik Ben, bapa saudara Peter Parker sebelum meninggal dunia; With great power comes great responsibility.

Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya banyak kali menulis perihal Bitcoin. Kali pertama saya tulis…