fbpx

Nak Faham Saham?

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 530Words
  • 369Views

Saya perasan ebook “Trade What You See” sejak seminggu lepas, pada hari pertama ia dilancarkan.
Ramai juga rakan-rakan influencer yang mempromosi ebook berkenaan sekaligus sebagai ejen affilate ebook berkenaan.

Sebagaimana yang saya tegaskan sebelum ini, saya hanya akan mempromosi ebook yang dah saya baca atau paling kurang saya kenal penulisnya.

Sebaik sahaja melibat ebook ini berlegar dalam pasaran dan mendapat sambutan hangat, Saya terfikir “Kalau aku jadi ejen affiliate dan promote ni, tentu banyak komisen aku dapat”. Tapi ia bersalahan dengan prinsip yang saya pegang. Tambahan pula, memang saya tak pernah kenal langsung penulisnya sebelum ini.

Hanya semalam baru saya sempat dapatkan dan menelaah naskhah ini. Pagi tadi pun sempat baca balik sebelum saya up tulisan ini di FB.

Penulis ebook ini menggunakan nama pena “Srikandi Saham”, boleh baca juga FB Page Serikandi Saham. Saya pun baru mengenali penulis selepas ebook ini dilancarkan.

Melihat kepada sambutan ebook ini, nampak memang masyarakat menanti-nanti bahan bacaan berkenaan tentang saham.

Kalau ada penulis yang lebih berpengalaman, saya yakin boleh pergi jauh. Ketika musim PKP lepas, saya pernah cadangkan beberapa rakan yang aktif dalam pelaburan saham untuk menulis ebook berkenaan saham sebegini. Masa tu saya baru aktif jadi ejen affiliate kpd ebook-ebook bisnes dan pelaburan. Saya sangat yakin, kalau ada ebook tentang saham, akan boleh meletup dan pergi jauh. Ternyata ebook ini membuktikannya.

Ada pun ebook “Trade What You See” ini, penulisnya baru terlibat dalam dunia saham sejak 4 tahun lepas dan kini full time trader.

Ya, masih baru dan tindakannya menulis ebook ini satu tindakan yang berani. Dan dikhabarkan, penulis juga ada membuka peluang untuk pembaca melihat proses trading sahamnya secara live. Satu tindakan yang berani. Ebook ini juga sudah menjadi buah mula di kalangan orang-orang lama yang berkecimpung dengan dunia saham.

Pengalaman dalam naskhah ini lebih kepada “trading” berbanding “investment”. Masih ingat tulisan saya berkenaan perbezaan kedua-duanya?

Jika tak ingat, tak apa. Saya ulang secara ringkas.

Ia adalah seperti perbezaan berniaga durian dengan pengusaha kebun durian.

Jika berniaga durian, kita beli dari peladang durian sebelah pagi, kemudian seharian berniaga dan petang dah boleh kira untung rugi. Itulah ia trading saham.

Berbanding pengusaha ladang durian, kerjanya ialah mencari benih dan anak pokok durian untuk ditanam, disemai dan dibaca. Hasilnya ialah selepas 10 ke 20 tahun. Itu pula analogi pelaburan saham.

Faham? Kalau faham, boleh sambung baca.

Berbalik kepada ebook ini, ia ditulis pengalaman peribadi penulis selama 4 tahun dalam dunia perdagangan saham dan fokus spesifik dalam tempoh PKP yang sedang berlangsung. Coretan-coretannya ditulis dalam bentuk cerita seolah-olah kita membaca diari seorang pedagang.

Juga diceritakan tentang bagaimana sesuatu kaunter itu beliau kaji sebelum beli dan jual balik.

Gaya bahasa yang mudah faham, sesuai untuk newbie, untuk yang nak tahu pasal trading saham, untuk yang baru berjinak-jinak untuk belajar pasal saham.

Lepas baca ebook ini anda takkan terus jadi pakar saham, tapi anda akan lebih bijak tentang saham berbanding sebelum baca.

Untuk yang dah advance, tak digalakkan baca sangat.

Sekian ulasan saya.
Afyan Mat Rawi
Suka makan durian.
Nak baca ebook berkenaan? Klik di sini
Siapa yang beli ebook ini melalui link affiliate saya, akan dapat hadiah ebook PKP: Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh.
Cepat, sah bermula 2hb sehingga 7hb Jun 2020 sahaja.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Kisah ini berlaku zaman belajar dulu. "Kau nak tak income…