fbpx

“Namo Abe Ni Supo Mace Hok Dale Fesbuk La?”

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 310Words
  • 291Views

Di bahagian kecemasan. Ketika beratur di kaunter, ada pegawai tegur dari belakang.

“Encik ada gapo?”

“Leloh”

“Oh, Encik keno gi alik sano. Ado tulih Klinik Khas”

“Ooo.. Buke sinni?”

“Buke..”

Lantas bergerak dari bahagian kecemasan ke Klinik Khas yang dimaksudkan.

Pelik juga sebab selalunya kalau di luar waktu pejabat, di Bahagian Kecemasan sahaja sudah memadai.

Setibanya di sana saya terus mendaftarkan diri. Kad pengenalan dihulurkan.

Sambil menulis, pegawai itu bertanya;
“Namo Abe ni supo mace hok dale fesbuk la? Ko hok dale Twitter? Afyan juga seggho namo dio”.

Saya hanya senyum di sebalik facemask.

“Alamat Selangor ni” kata pegawai berkenaan lagi.

“Hoo. Kito kelik jok dari sebelum PKP lagi”

“Ooo.. Ko jolo doh ni hok dale Twitter denga fesbuk tu?”

Saya hanya tersenyum, sambil tergelak keci. Mengia tidak, menafi pun tidak.

Sambil-sambil tengok sekeliling. Pelik, sebab selalunya ke bahagian kecemasan sahaja. Baru tahu ada klinik khas sebelah malam.

Kemudian dihulur borang kaji selidik Covid-19. Baru saya terlintas..

“Ni tempat test Covid ko?” giliran saya pula bertanya.

“Hhoo. Kalu tak dok gapo boleh kelik. Kalu tidok kena mmasuk wad”

“Aduh. Tok seko pulop“, kesal pula datang. Harap-harap tidak.

Kemudian datang pegawai lain memeriksa tekanan darah dan mendengar degupan jantung menggunakan stateskop.

Selepas itu saya diminta tunggu sebelum dimasukkan ke Klinik Khas dan diberikan bendalah ini.

Kena sedut 6 kali, dan kena buat dua pusingan.
Selepas dekat 30 minit sedut bendalah ini, pegawai tadi untuk datang memeriksa sekali lagi.

“Napok lego doh ni bbanding hok tadi. Bulih kelik la”

“Alhamdullilah”

Saya pun bergerak. Hampir sampai ke kereta, tiba-tiba disapa dari belakang

“Abe, Abe..“

Lalu saya berpaling. Oh pegawai yang mula-mula tadi. Alamak, kena masuk wad ke?

” Jolo la Abe hok dale Twitter tu!”, sambil menunjukkan handphonenya…

Sekian.

Ada sesiapa sudi translate?

UPDATE: Doh bakpo nyo rama ngomeng sinning? Ale-ale rama tu gak, bulih klik sekali www.SeminarBMW.com

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Saya masih ingat lagi detik bersejarah itu. Isnin, 16…