fbpx

Norsham Alfafa – Langsung Tak Nampak Batang Hidung

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 279Words
  • 374Views

Kata Norsham Alfafa: Saya diganggu sejak tahun 2013 oleh Alfyan sampai disiasat oleh kementerian, oleh polis, oleh BNM dan sebagainya. Saya masih bebas. Saya bukan scammer.

Logik Norsham Alfafa;

“Kalau betul saya scammer, kenapa saya masih bebas dan tiada undang-undang dikenakan ke atas saya?”

Al-Jawab:

Saya lawan Norsham Alfafa sejak 2013 sehinggga dia disiasat oleh polis, BNM, kementerian. Undang-undang gagal mensabitkan dia sebagai scammer sebab negara kita mana ada undang-undang anti-scammer?

Pada tahun 2015, Alfafa mengeluarkan saman fitnah kepada saya tapi dia tarik balik. Sebab tarik balik tak pasti, mungkin sebab ia hanya gertak. Jika saman diteruskan, Norsham kena hadir ke mahkamah.

Kemudian tahun 2016, Norsham Alfafa mengemukakan saman pemula kepada saya untuk saya tarik balik tuduhan saya kepada Norsham Alfafa, tapi saya enggan dan lawan dia di mahkamah.

Sepanjang prosedur dengan 3 kali perbicaraan, Norsham langsung tak nampak batang hidung. Dalam prosedur sivil, wakil peguam dah memadai.

Norsham Alfafa kalah saman tersebut.

Saya ulang berkali-kali di FB bahawa Norsham Alfafa adalah scammer.

Malah saya ulang juga di dalam buku “Tersontot Di Pintu Shorga” bahawa skim Alfafa adalah scam.

Malah saya juga ulang dalam rancangan “Sila Duduk, Jangan Lari” ketika ke udara secara langsung minggu lepas sehingga menyebabkan Norsham Alfafa panas punggung.

Segak bukti bahawa Norsham adalah scammer sudah banyak dibuktikan dan bukti paling kemuncak ialah dia sendiri terpaksa mengakui bahawa tidak ada rumah yang berjaya disiapkan sejak 2013 hingga kini, 2019 walaupun sudah collect lebih daripada RM50 juta.

Logik Afyan;

“Kalau betul tuduhan saya kepada Norsham bahawa dia scammer adalah fitnah, kenapa dia tak saman fitnah saya? Kenapa mahkamah tolak saman pemula dia ke atas saya? Bukankah ia membuktikan bahawa Norsham ialah scammer?”

gambar dipetik dari MalaysiaGazette

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Program seminar kewangan yang memberi kesedaran dan kefahaman dalam Siri…