fbpx

Norsham Didakwa; Semoga Tamat Riwayat Alfafa

  • 6 years ago
  • 3Minutes
  • 506Words
  • 1873Views

Akhirnya….

Semoga tamat riwayat Alfafa selepas bertahun-tahun menipu.

Kes ini antara kes yg paling lama dalam sejarah daku melawan scammer.

Sejak tahun 2013 lagi. Sebelum aku melawan Tok Belagak, Ufun, Mecca Fund, Kopi Pak Belalang dll

Ketika itu, aku dan Norsham terang-terang berlawan di FB. Aku pertikaikan projek perumahan Alfafa dan Norsham and the geng mempertahankannya.

Kemuncaknya dia mengisytiharkan perang terhadapku dan membawa jemaah umrahnya ke Mekah untuk berdoa qunut nazilah depan Kaabah!

Ada aku coretkan di sini untuk tatapan anak cucu https://afyan.com/kenangan-3-tahun-dahulu.html/

Dari kes ini juga aku berkenalan dengan Sdra Khairul Ezuwan, seorang pejuang hebat yg turut melawan Alfafa dan Norsham.

“Perang” itu juga kemuncak kedua membawaku ke mahkamah apabila disaman oleh Norsham dan Alfafa.

Rujuk beberapa coretan ketika kes ini dibawa ke mahkamah;

Tulisan peguamku berkenaan kes ini;
https://afyan.com/ada-apa-dengan-kes-alfafa-development-con…/

Catatanku selepas berjaya memenangi kes ini;
https://afyan.com/menang.html/

Catatan dari kamar mahkamah ketika kes itu berjalan;
https://afyan.com/catatan-dari-kamar-mahkamah-travelog-fina…/

“Pelanduk selalu melupakan jerat, tapi jerat tak pernah melupakan pelanduk” – Pepatah Melayu

“Mangsa selalu melupakan scammer, tapi scammer tak pernah melupakan mangsa” – Pepatah Afyan

Selepas Pak Man Telo ditangkap, dibicarakan dan dihukum dibuang daerah 30 tahun lepas, muncul beribu-ribu Pak Man Telo baru dengan seribu satu idea bisnes dgn modus operandi sama dengan nama berbeza yg wujud sehingga ke zaman millenia ini.

Apabila seorang Tok Belagak tersontot dan tertangkap, lahir lebih banyak lagi Tok Belagak-Tok Belagak junior dgn skim dan program emas baru yg menawarkan untung gila-gila.

Tatkala runtuhnya skim Highway Group, terbina lagi seribu highway-highway palsu yg menjanjikan jalan pintas menjadi jutawan tapi rupanya hanyalah jambatan rapuh yg penuh khayalan.

Ketika Sheikh Saidey Mecca Fund ditangkap dan dibicarakan, muncul berpuluh-puluh sheikh-sheikh dari Mecca yg baru dari penunggang agama menjanjikan seribu satu macam skim atas nama agama yg menjanjikan hibah bulan-bulan yg sangat mengiurkan.

Tatkala Norsham dan Alfafa ditangkap polis selepas 3 tahun menawarkan banglo murah tak masuk akal, tumbuh 1001 lagi projek-projek banglo murah ala-Alfafa dgn harga langsung tak masuk akal.

Kisah-kisah aku memerangi scammer ada aku bukukan dalam naskah Tersontot Di Pintu Shorga. Harga jual hanya RM15 sahaja.

(Sekarang ada promosi, RM1 shj dengan beliau ebook aku Bijak Merancang Wang. Rujuk https://infaq.antr.co/rm1-tersontotdipintushorga)

Buku ini sebagai simbolik aku ingin bersara dari arena ini. Lebih ramai yang hanya jadi pemerhati. Sokongan hanya melalui pop corn.

Hendak kutip dana tampung kes saman pun rasa macam pengemis. Buku RM15 pun orang berkira nak beli.

Jadi, elok aku pun jadi pemerhati. Sekurang-kurangnya aku sudah buat sesuatu. Kalau ada orang tanya pasal mana-mana skim scam, rujuklah buku itu. Panduan umum sudah aku gariskan. Tinggal lagi hendak percaya atau tidak.

Entah sampai bila fenomena ini akan berakhir.

Entah bila bangsaku akan terus menjadi mangsa atas nama bangsa oleh bangsa sendiri.

Jadi, aku harapkan andainya aku gugur di atas jalan ini, akan muncul seribu lagi financial fighter utk menyambung dan terus berlawan dan berjuang.

Moga ALLAH berikanku kekuatan.

“Agi Idup Agi Ngelaban”.

Afyan Mat Rawi
08:27 malam
24 November 2017
Jerteh, Republik Besut.
Terengganu.

Berita dari http://www.sinarharian.com.my/…/pengarah-syarikat-didakwa-m…

Foto Afyan Mat Rawi.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Takaful lebih baik daripada akaun bank sebab akaun bank hanya…